BERITA gembira buat ibu bapa golongan B40 dalam berhadapan kos sara hidup yang semakin meningkat dengan Bantuan Sara Hidup (BSH) tambahan yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2019 hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan menyediakan sebanyak RM120 bagi setiap anak berumur 18 tahun ke bawah.

“Bantuan ini terhad kepada empat orang kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umurnya.

“Sebagai contoh, sekiranya isi rumah berpendapatan RM2,000 ke bawah dan mempunyai empat orang anak, maka BSH yang akan diterima adalah sebanyak RM1,480 iaitu lebih banyak daripada jumlah bantuan BR1M sedia ada iaitu sebanyak RM1,200,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

BACA>>> Anak Bakal Masuk Darjah Satu Tahun Depan? Ini 10 Tip Penting Kita Perlu Tahu

Sebelumnya, beliau mengumumkan golongan B40 menerima bantuan BSH antara RM500 hingga RM1,000.

“Mulai Januari 2019, isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.

“Isi rumah berpendapatan dari RM2,001 hingga RM3,000 akan menerima bantuan RM700 dan isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 menerima bantuan berjumlah RM500,” katanya.

Beliau menganggarkan 4.1 juta isi rumah akan terus menerima bantuan kewangan daripada kerajaan dengan peruntukan RM5 bilion.

BACA>>> Senarai 402 Sekolah di Malaysia Dengan Masalah Disiplin dan Dadah

SUMBER: SinarHarian

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda