SAMPAI hati kamu anak kerana angau bercinta dengan kekasih di Facebook, sanggup bersubahat merancang pembunuhan ibu kandung selepas cinta terlarang!

Baru-baru ini, Polis Tamil Nadu menahan seorang pelajar kolej perempuan berusia 19 tahun kerana membunuh ibunya yang berusia 50 tahun.

Turut ditangkap, teman lelakinya yang dikenali di Facebook, S Suresh dan 2 lagi lelaki, masing-masing berusia 16 dan 17 tahun.

BACA>>> Guna 7 Cara Ini untuk ‘Ajar’ Anak Remaja yang Bermasalah

TIDAK PERNAH BERTEMU DENGAN KEKASIH FACEBOOK

Gadis itu, yang dikenali sebagai S Devipriya, dan tinggal di Anjaneyapuram Tamil Nadu, Thiruvallur, adalah pelajar tahun 2 Sarjana Muda Perdagangan di sebuah kolej di Avadi.

Devipriya didakwa menyebabkan ibunya Banumathi mati dibunuh kerana menentang hubungannya dengan Suresh.

“Devipriya berkawan dengan S Suresh, yang juga berusia 19 tahun sejak tahun lalu melalui Facebook.

“Walaupun tak pernah bertemu, hubungan mereka sangat erat di Facebook. Suresh mendakwa dirinya adalah seorang profesional IT di Mysuru.

“Devipriya menceritakan kisah cintanya kepada ibunya, Banumathi, yang kemudian memberi nasihat agar tidak percaya dengan lamaran cinta di Facebook dan menumpukan perhatian kepada pengajiannya,” kata sumber polis Tamil Nadu kepada Hindustan Times.

MINTA BANTUAN KEKASIH FACEBOOK BUNUH IBU

Banumathi juga melarang Devipriya daripada menggunakan telefon bimbit.

“Devipriya yang marah bagaimanapun berjaya menghubungi Suresh dan meminta bantuan lelaki itu untuk membunuh ibunya.

“Sebaliknya, Suresh menghantar dua pelajar berusia 16 dan 17 tahun untuk membantu Devipriya melaksanakan perancangannya pada Isnin,” kata sumber polis.

Sebelum pembunuhan, Devipriya memperkenalkan kedua-dua lelaki itu kepada ibunya.

“Ketika Banumathi bersendirian di rumah, Devipriya dan dua lelaki tersebut menyerangnya dengan sabit dan membunuhnya,” kata polis.

Menyedari jeritan Banumathi, jiran-jirannya mengejar dan berjaya menangkap kedua-dua mereka.

BACA>>> Lakukan 5 Perkara Ini Sebelum Benarkan Anak Remaja Main Internet

GAMBAR HIASAN

Semasa siasatan, kedua-dua mereka mengaku melakukan pembunuhan itu dan mendedahkan butiran kes yang membawa kepada penangkapan Suresh pada Selasa.

Siasatan awal mendapati Suresh bukan seorang profesional IT seperti yang didakwa.

“Dia bekerja di sebuah kilang di Sri City di Andhra Pradesh. Dia berbohong kepada Devipriya tentang latar belakangnya untuk membuatkan gadis itu jatuh cinta kepadanya,” kata polis.

SUMBER: Mstar

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda