NORMAL bagi anak kecil yang masih tidak tahu duduk mengalami masalah botak akibat cukur bantal. Banyak tip yang telah dikongsikan oleh nenek moyang kita bagi mengatasi masalah ini.

Kali ini kali kongsikan tip mengatasi masalah cukur bantal ini dengan menggunakan 4 bahan semula jadi. Semoga bermanfaat.

BACA>>> Cuba 6 Tip Mudah Ini untuk Lebatkan Rambut Si Kecil

Bayi Botak Kena “Cukur Bantal”

Aduh geram saja rasa kalau anak kena cukur bantal ni. Makin lama makin botak jadi kepala budak ni.

Inilah keluhan yang biasa ibu ibu suarakan bila bayi yang lahir comel dengan rambut penuh di kepala tiba-tiba jadi tompok botak sana sini (Bald Spot).

Sabarlah wahai ibu ibu sekalian. Ini adalah gejala normal untuk bayi 0 hingga 6 bulan.

Kerana bayi anda akan melalui fasa “Rehat” dari pertumbuhan rambut baru. Bila rambut baru tak tumbuh itu punca jadi tompok botak bila rambut asal gugur.

RAMBUT GUGUR ADA  SEBAB

Sebab pertama adalah kerana posisi baring bayi yang menyebabkan rambut di bahagian belakang gugur akibat dari geseran kepala dan bantal.

Manakala, sebab kedua ialah faktor hormon. Selepas lahir paras hormon akan menurun. Bukan sahaja bayi malah ibu juga akan mengalami rambut gugur.

Rambut bayi akan tumbuh semula secara semulajadi tetapi makan masa yang agak lama. Ada bayi sehingga umur 1 tahun rambut masih tidak sekata.

TIP CEPATKAN PERTUMBUHAN RAMBUT BAYI 

Untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut bayi ibu ibu boleh cuba 4 tip guna bahan-bahan semulajadi di bawah.

1. MINYAK ZAITUN

Minyak Zaitun kaya dengan vitamin A, E dan Antioksidan. Khasiat minyak zaitun ini berfungsi untuk melembap kulit kepala bayi daripada kering dan kusam. Bila sudah kulit kepala tidak kering baru rambut anak tidak mudah tertanggal bila bergesel dengan bantal.

2. KELAPA

Nutrisi yang ada di dalam minyak kelapa ini dapat mempercepatkan lagi pertumbuhan rambut baru. Kanak-kanak yang ada masalah ekzema pun boleh guna minyak kepala ini, sangat berkesan.

3. BUNGA MATAHARI (SUNFLOWER OIL)

Minyak daripada Bunga Matahari ini kaya dengan vitamin E yang berfungsi membuatkan benih rambut di kepala lebih subur. Bukan itu sahaja malah ia boleh membunuh bakteria jahat di kepala.

Khasiat minyak bunga matahari juga dapat menyihatkan kulit kepala dan melancarkan peredaran darah bayi anda.

4. BIJI KELAPA SAWIT

Biji kelapa sawit ini banyak sangat manfaatnya. Bukan sahaja berguna untuk memasak, malah ia boleh bantu menguatkan dan menebalkan lagi rambut anak anda. Minyak dari biji kelapa sawit ini kaya dengan sumber antioksidan dan pelbagai vitamin yang baik untuk kulit dan rambut.

BACA>>> 6 Manfaat Minyak Kelapa Dara (VCO) Kepada Bayi Dan Kanak-Kanak

BAGAIMANA CARANYA

Ibu bapa hanya perlu cari 4 bahan di atas dan perah untuk dapatkan pati minyak.

Minyak tersebut perlu di sapu setiap hari pagi dan malam di kepala bayi untuk mengalakkan pertumbuhan rambut anak atau setiap kali selepas mandi.

Jika ada bantuan ini rambut anak anda tidak perlu tunggu hingga setahun, malah sepantas sebulan dah boleh nampak kesannya.

Anda sendiri boleh nampak perbezaan kepala bayi anda tompok botak sudah hilang, rambut lebih sekata dan juga lebih lebat.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda