ANAK berdengkur ketika tidur seperti orang dewasa memang menakutkan ibu bapa kerana anak kecil tidaK sepatutnya berdengkur.

Sekiranya berlaku pada anak anda, mungkin mereka mempunyai 5 masalah seperti yang disebutkan oleh Dr Ezairy M Sallih tentang kenapa anak berdengkur. Semoga bermanfaat untuk ibu bapa semua.

BACA>>> Kenapa Bayi Dengkur? Ketahui Punca dan Cara Atasi

5 SEBAB KENAPA ANAK KITA BERDENGKUR?

Ada antara anda yang ada masalah ini. Jom lihat lima perkara di bawah.

1. MASALAH BERAT BADAN

Berat badan berlebihan akan menyebabkan gangguan pada salur pernafasan dan mengakibatkan masalah dengkur bertambah teruk

2. TONSIL YANG BESAR

Ini menyebabkan halangan berlaku semasa proses pernafasan. Berdengkur boleh berlaku.

3. ADENOID BESAR 

Struktur adenoid terletak di bahagian nasopharynx iaitu di belakang hidung. Pembesaran pharyngeal tonsil ini boleh mengakibatkan masalah berdengkur juga.

4. TERLALU LETIH

Otot dan tisu yang lemah akibat terlalu letih akan mengakibatkan gangguan semasa bernafas ketika tidur. Berdengkur akan berlaku

5. MASALAH PADA HIDUNG

Polyp atau apa-apa masalah di rongga hidung juga boleh menyebabkan masalah dengkuran.

BACA>>> Tentang Sakit Tonsil dan Rawatan Terbaik untuk Anak

BAGAIMANA LANGKAH RAWATAN DAN PENYELESAIANNYA?

Dapatkan pemeriksaan bersama doktor. Anda akan dibantu. Merawat segala punca masalah adalah langkah paling terbaik.

Turunkan berat badan, aktif bersukan, rajin guna ubat doktor beri dan lain-lain.

Moga bermanfaat. Sila #kongsi kepada orang yang anda sayang.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda