MACAM-MACAM perkara pelik berlaku hari ini. Ibu bunuh anak, anak bunuh ibu, ayah rogol anak hinggalah kepada perkara tidak tercapai akal fikiran kita.

Baru-baru ini, seorang lelaki membunuh ibunya sendiri dengan memukul dan membakarnya selepas melihat ibunya seperti hantu yang dikenali sebagai ‘aswang’ di kampung Barangay di bandar Sipalay, Filipina.

BACA>>> Bayi Lelaki 8 Bulan Maut, 3 Lagi Parah Dikelar Ibu Kandung

Anak lelaki mangsa, yang polis percaya sakit jiwa, memukul wanita itu terlebih dahulu sebelum membakarnya.

Aswang adalah satu semangat jahat yang mana penduduk tempatan percayai ia boleh menyerupai pelbagai bentuk.

Walaupun gambaran mengenainya adalah berbeza dari satu rantau ke satu rantau lain di Filipina, ia sering dikaitkan dengan wanita yang makan janin atau anak kecil.

Mangsa yang berusia 63 tahun itu sedang bersama tiga cucunya di rumah ketika dilihat oleh suspek berusia 42 tahun.

SUSPEK DAKWA MELIHAT MATA IBUNYA MERAH DAN LIDAH TERJELIR

ABS-CBN melaporkan suspek memberitahu polis bahawa dia melihat mata ibunya berwarna merah dan lidahnya kelihatan panjang dan terjelir.

Menganggap ibunya adalah hantu aswang, dia memukulnya dengan penyodok, menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri. Dia kemudian mengheret mangsa ke luar rumah dan membakar tubuhnya.

Cucu-cucu wanita itu, kesemuanya berumur bawah 10 tahun, berjaya melarikan diri untuk meminta pertolongan, lapor GMA News.

Polis menahan suspek yang mengaku melakukan jenayah tersebut.

Menurut laporan, suspek tidak tidur dan makan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum melakukan jenayah itu.

Pada masa ini dia ditahan di balai polis, dia akan didakwa membunuh keluarga sendiri.

BACA>>> Kanak-Kanak Perempuan Didakwa Bunuh Bayi 6 Bulan Dengan Memijak Kepala!

SUMBER: Mstar

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda