Anak saya baru berusia 5 tahun, tumbuh gigi di lelangit gigi atas. Gigi tak sakit tapi goyang. Jadi, saya bawa jumpa doktor gigi, rupanya gigi Supernumerary. Tak perlu risau dan tidak bahaya. Cuma bila perlu, gigi itu boleh dicabut bila usia anak 9 tahun…”

Itulah pengalaman seorang ibu yang mempunyai anak dengan masalah gigi tambahan atau Supernumerary teeth. 

APA ITU SUPERNUMERARY TEETH?

Supernumerary teeth atau lebih dikenali dengan istilah gigi lebihan adalah gigi tambahan yang tidak seharusnya tumbuh. Kehadiran gigi ini akan menyebabkan jumlah gigi yang terbentuk dalam rahang lebih banyak dari jumlah normal.

Supernumerary teeth juga boleh menyebabkan susunan gigi tidak cantik dan tidak normal. Kedudukan gigi ini akan mengganggu pertumbuhan gigi yang berada disebelahnya.

Supernumerary teeth adalah gigi kekal dan kanak-kanak yang mengalami masalah ini berpotensi 30-50 peratus mempunyai masalah yang sama pada gigi kekal yang lain.

Sekiranya supernumerary teeth ini ada di antara 2 gigi kapak (central incisors) ia dipanggil MESIODENS.

Biasanya, kanak-kanak akan mengalami masalah gigi Mesiodens.

Menurut Journal of Dentistry for Children kanak-kanak lelaki berpotensi 2 kali ganda mendapat masalah gigi Mesiodens berbanding perempuan dan hanya purata 1 peratus populasi mendapat masalah gigi ini.

DI MANAKAH GIGI INI BIASA TUMBUH?

1. Anterrior Palate (lelangit) iaitu di belakang gigi kapak (Central Incisors)

2. Lower Premolar Area (gigi geraham kecil)

3. Wisdom tooth area (kawasan gigi bongsu)


MASALAH DISEBABKAN OLEH SUPERNUMERARY TEETH

1. PENYEBAB CROWDING

Gigi tambahan ini boleh menyebabkan berlakunya crownding pada gigi, yang mana susunan gigi akan menjadi tidak tersusun. Bila gigi tidak tersusun dengan betul atau berlapis, maka oral hygiene seseorang itu akan berkurang.

Contohnya, ada bahagian gigi yang tidak dapat dibersihkan dengan hanya menggosok gigi, insiden untuk pengumpulan cebisan makanan juga tinggi. Hal ini boleh menyebabkan mulut berbau dan terjadi pengumpulan plak dan calculus dengan lebih kerap.

2. PERGERAKAN PADA GIGI LAIN

Gigi tambahan boleh menyebabkan pergerakan pada gigi yang lain kerana gigi itu telah mengambil ruang dan tempat gigi asal. Sebab itu, gigi akan mengalami susunan berlapis dan tidak teratur.

3. MENYEBABKAN GIGI ASAL TIDAK TUMBUH

Dalam sesetengah kes, ia boleh menyebabkan gigi asal yang kekal tidak dapat tumbuh atau pertumbuhan gigi asal terbantut.

4. PENYEBAB PATHOLOGICAL CONDITION

Pathological condition seperti cyst formation. Paling kerap dilihat ialah Dentigerous Cyst Formation.

5. ROOT RESORPTION OF ADJACENT TOOTH

Posisi gigi tambahan ini boleh menyebabkan berlakunya root resorption of adjacent tooth.

RAWATAN

Sekiranya gigi tambahan ini menimbulkan sebarang masalah, maka ia sepatutnya dicabut. Bagi kes crowding, gigi ini akan dicabut dan rawatan orthodontik akan segera diambil untuk membetulkan kembali kedudukan gigi supaya teratur dan menutup balik ruang yang ada.

APAKAH PUNCA BERLAKUNYA SUPERNUMERARY TEETH

Journal of Clinical and Diagnostic Research (JCDR) turut menguraikan bahawa punca sebenar berlakunya keadaan ini masih tidak diketahui. Mungkin disebabkan oleh genetik atau hasil pertumbuhan gigi lamina yang aktif, yang berlaku pada awal peringkat perkembangan gigi kanak-kanak.

Selain itu, gigi tambahan ini juga kemungkinan terhasil daripada puting gigi tunggal.

Selain itu, ia juga boleh terjadi disebabkan oleh penyakit atau sindrom tertentu. Contohnya, bibir sumbing atau lelangit terbelah, Gardner’s syndrome dan cleidocranial dysplasia.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda