GANGGUAN Hiperaktiviti dan Kurang Daya Tumpuan atau lebih dikenali sebagai ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity Disorder) ialah antara simptom psikologi yang sering ditemui di kalangan kanak-kanak.

Gejala anak hiperaktif ini dapat dikesan menerusi beberapa perlakuan hiper seperti sukar memberi fokus dan perhatian terhadap sesuatu, perangai sukar dikawal dan terlampau aktif.

Jadi, antara cara mengawal anak ADHD daripada berterusan aktif atau sekurang-kurangnya meredakan tahap intensitinya, mungkin pembaca boleh cuba mengawal gejalan itu menerusi pemakanan. Sebagai langkah awal, cuba elakkan beri makanan seperti berikut:

1. MAKANAN TINGGI GULA

Walaupun tiada penyelidikan yang dapat membuktikan gula ialah punca anak hiperaktif, tetapi gula termasuk dalam karbohidrat sederhana yang mudah diserap tubuh. Pengambilan gula berlebihan menyebabkan kadar gula dalam darah naik cepat.

Peningkatan gula dalam darah juga memberikan kesan negatif, iaitu pengeluaran adrenalin lebih tinggi, yang menyebabkan tingkah laku hiperaktif. Jadi apa perlu dilakukan ialah mengamalkan diet gula supaya anak lebih tenang.

Dalam kajian Pusat Penyembuhan On-Line, Dr David Williams dan pakar naturopati, John M Dye, ADHD mendapati anak ADHD memberi reaksi positif ketika diberikan diet rendah gula.

Kurangkan gula dan gantikan dengan karbohidrat kompleks seperti kentang, jagung, labu, kacang, biji-bijian, sayur dan buah.

2. SODA

Minuman soda atau berkarbonat kaya dengan gula, pemanis buatan, kafein dan zat pewarna. Satu penelitian pada 2013 membuktikan gula dan kafein berlebihan dapat menyebabkan peningkatan risiko gejala hiperaktif.

Kajian dilakukan pasukan saintis Harvard Medical School mendapati zat pewarna makanan, terutama berwarna terang seperti merah, kuning, atau oren akan memburukkan lagi gejala hiperaktif. ANAK ADHD berusia 5 tahun lebih cenderung tantrum jika diberikan minuman soda.

3. BAHAN PENGAWET

Makananan mengandungi pelbagai zat tambahan seperti MSG (grama tiruan), pengawet, perasa, dan pewarna buatan juga memberi kesan negatif kePADA gejala ADHD.

Pakar saraf, David Perlmutter mendapati aditif dalam makanan dapat meningkatkan hiperaktif dan mengurangi kemampuan tumpuan. Lebih baik pilih makanan organik.

4. MAKANAN TINGGI GLUTEN

Ada kajian melaporkan makanan tinggi gluten memberikan kesan kepada gejala ADHD ke atas anak. Hindari jenis makanan ini yang menggunakan bahan utama gandum seperti roti, pasta, dan cereal.

5. SUSU LEMBU

Sebahagian besar produk susu lembu mengandung kasein A1 yang mendorong reaksi negatif ke atas anak ADHD. Jika anak menunjukkan gejala negatif selepas minum produk susu, hentikan. Kita boleh cuba susu kambing sebagai alternatif.

6. MAKANAN TINGGI MERKURI

Makanan jenis ini biasa terdapat dalam makanan laut. Jika merkuri terdapat dalam badan anak kita, ia akan menjadi racun bagi sistem saraf otak yang menyebabkan gangguan kesihatan, seperti penurunan tahap tumpuan.

Antara ikan yang memiliki kandungan merkuri tinggi ialah todak dan tuna sirip kuning. Bagaimanapun, fakta ini bukanlah bermakna anak kita perlu berpantang langsung daripada menjamah makanan laut. Sesetangah sumber laut kaya dengan Omega 3 seperti salmon, udang, sardin (bukan dalam tin).

SUMBER: HelloSehat.Com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda