KANAK-kanak pada awal usia memang suka mengamuk dan memberikan tekanan pada ibu bapa. Jika ibu bapa tidak tahu mengawal emosi dan cara menenangkan mereka mungkin keadaan akan menjadi lebih teruk.

Sebab itulah penting ibu bapa perlu belajar ilmu bagaimana cara untuk menenangkan anak mengamuk mengikut peringkat usia tanpa memberikan kesan negatif kepada mereka.

Berikut adalah cara menenangkan kanak-kanak mengamuk pada usia 3 hingga 6 tahun untuk panduan bersama ibu bapa perkongsian Ibu Rose di laman sosialnya.

* Sudah disunting mengikut gaya bahasa BumBumCak. Harap maklum.


PERIHAL ANAK 3-6 TAHUN MENGAMUK DAN BAGAIMANA MENENANGKANNYA

Jika pada usia 1.5 hingga 3 tahun anak-anak sangat EGO-CENTRIC.

Manakala, pada usia 3 hingga 6 tahun ini anak-anak sudah mula mahu membina skil interpersonal mereka iaitu skil bergaul. Mereka mula belajar untuk bertolak ansur dan ini juga boleh membuat emosi mereka kurang selesa. Belajar berkawan bagi sesetengah anak agak mencabar emosi.

Pada usia ini anak sudah boleh memahami penerangan kita. Oleh itu, jika anak mengamuk, kita sudah boleh memberitahu dan menerangkan bahawa mengamuk itu tidak elok. Jika dia mahukan sesuatu maka dia boleh meminta dengan kita dengan baik.

Oleh itu, bila anak meminta sesuatu, kita dengarlah permintaannya, jika boleh beri, jika tidak ambillah masa untuk menerangkan dan berilah alternatif lain. Pada usia 3 tahun, anak itu baru hendak belajar memahami permintaan dan perasaan orang lain. Jika kita bersabar mendidiknya dan bertolak ansur dengannya, maka anak ini tidak akan suka mengamuk semasa usia ini kerana dia sudah boleh berkomunikasi dengan kita.

Ambilah secara serius keperluan anak memberitahu perasaannya. Anda TIDAK perlu ikut semua permintaannya tapi kita perlu memberi ruang untuk dia memberitahu.
Anak-anak sangat aktif masa ini dan memerlukan ‘outlet’ sihat untuk tenaganya digunakan. Rancanglah aktiviti lasak utk dia melakukan setiap hari. Memanjat gril dengan selamat boleh menjadi salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di rumah.

BACA>>> 6 Tip Marahkan Anak dan Buatkan Dia Makin Hormat Ibu Bapa

BERI HUKUMAN AGAR DIA FAHAM MENGAMUK ITU SALAH

Walaupun pada usia ini anak boleh dimarah, namun berpada-padalah memarahi anak. Mendisiplinkan anak adalah penting, tapi ingatlah matlamat disiplin adalah untuk anak itu menjadi lebih upaya.

Jika anak pada usia ini mengamuk, kita boleh memujuk, menenangkan sama seperti usia 1.5 -3 tahun. Cuma, pada usia ini kita boleh memberi sedikit hukuman untuk dia faham mengamuk itu tidak baik. Hukuman seperti suruh dia duduk senyap di atas sesebuah kerusi yang kita boleh panggilkan nama yang baik ‘ reflection chair’ , Tujuannya, bila dia duduk di situ, dia akan memikirkan perangainya tadi.

Kita juga perlu peka dan menjadi pro-aktif supaya boleh mengelakkan anak itu mengamuk. Contohnya, jika nampak dia sudah letih, ajaklah untuk tidur atau baring dgn anda sekejap dan buat aktiviti relaks.

Sebenarnya, jika pada usia 1.5 hingga 3 tahun tadi bila anak itu mengamuk, dia dikendalikan dengan baik, membina, sabar dan penuh kasih-sayang, anak itu akan kurang mengamuk pada usia seterusnya.

MARAH ANAK MENYEBABKAN MEREKA MENJADI MUDAH MENGAMUK

Apa yang menjadi anak itu suka mengamuk ialah pada usia kecil lagi bila anak itu menangis dan mengamuk, jalan penyelesaian yang diambil oleh ibubapa, pengasuh dan orang dewasa ialah untuk marah, menengking dan memukul. Maka, ledakan emosi anak itu menjadi lagi parah dan terbawa terus ke umur seterusnya!

Oleh itu, jika anda hendak anak kurang mengamuk, layan dan kendalikanlah dirinya baik-baik semasa dia mengamuk pada usia 1.5 hingga 3 tahun itu. Teach them with reason, they will learn to be reasonable.

Tapi kalau sudah tersilap, maka mulakanlah sekarang. Banyakkan memberi kasih sayang. Memeluk, menyatakan sayang, mendengar rintihan mereka dan sebagainya.

BACA>>> Jangan Guna 10 Bahasa Jahat Ini Kalau Marahkan Anak

Ibu masih ingat lagi semasa anak-anak ibu pada usia ini, bila mereka terlampau letih atau sakit dan mereka merengek, Ibu selalu katakan kepada mereka, ‘Takpe, merengeklah, it is okay. Mummy dengar and mummy sayang...’ ternyata bila mereka sudah puas merengek, mereka senyap dan yang penting mereka rasa mereka dikasihi kerana mereka didengari.

Salam Kasih
Ibu Rose

Mahu anak jadi bijak dan berakhlak mulia. Mari belajar ilmu, skil dan sikap positif untuk mendidik anak-anak kita.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda