PENGAMBILAN makanan yang sihat semasa berpantang adalah sangat penting. Ketika ini juga, ibu menyusu memerlukan makanan yang mampu memberikannya manfaat kesihatan, sekali gus menambah pengeluaran susu.

Berikut adalah 9 jenis sayur yang boleh diambil selepas bersalin dan memberikan kebaikan buat si ibu dan anak.

BACA>>> Ibu Berpantang Patut Makan 7 Makanan Berkhasiat Ini!

1. SALAD

Salad merupakan sayuran hijau yang memberikan kesegaran. Ia mengandungi tinggi serat dan air yang banyak sememangnya sangat sesuai bagi ibu menyusu. Hal ini kerana, air mampu membantu menambah pengeluaran susu ibu. Selain itu, ia juga kaya dengan kalsium, magnesium, zat besi, natrium, kalium, vitamin B, vitamin K, vitamin C dan vitamin A.

2. TOMATO

Tomato baik untuk ibu menyusu dan mampu mencegah tubuh ibu menyusu agar tidak mudah sakit. Sayur ini mengandungi tinggi serat dan mampu mengatasi trauma akibat gangguan pencernaan ketika hamil. Kandungan vitamin A, vitamin C dan asam folat akan membantu menambah pengeluaran susu. Ibu menyusu seeloknya makan tomato yang sudah dimasak dengan suhu rendah agar nutrisi tidak hilang.

3. CILI BENGALA (CAPSICUM)

Untuk ibu menyusu yang sukakan makanan pedas, mungkin boleh makan cili bengala ketika berpantang. Sayur ini mengandungi air yang banyak dan boleh memberikan peningkatan jumlah susu ibu. Selain itu, kandungan kalori yang rendah boleh membantu ibu menyusu menurunkan berat badan. Cili ini juga kaya vitamin A, vitamin C dan asam folat.

4. ASPARAGUS 

Asparagus adalah sumber sayuran yang sangat baik untuk ibu menyusu. Ia mengandung vitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin K dan asam folat yang boleh membantu ibu yang mengalami masalah gangguan mental seperti sindrom baby blues. Ia juga penting untuk membantu merawat bayi kerana nutrisi dari sayuran juga sampai ke tubuh bayi.

5. BENDI

Bendi adalah jenis sayuran yang mengandung sejuta manfaat untuk ibu menyusu. Lendir dari sayuran ini mengandung glikoprotein dan exopolysacharrides yang menjaga kesihatan ibu menyusu.

6. LOBAK MERAH

Sayur ini merupakan salah satu makanan yang baik dalam melancarkan aliran susu pada saluran susu. Kandungan bahan fitoestrogen di dalamnya dan vitamin A boleh membuatkan tubuh ibu menyusu tidak mudah letih. Lobak merah juga baik untuk kesihatan organ mata dan tubuh bayi.

BACA>>> Makanan Kesukaan Ibu Menyusu Boleh Jadi Milk Booster? Baca Penjelasan Doktor Ini…

7. BAYAM

Ketika berpantang, ramai ibu menyusu mengamalkan bayam dalam makanan. Sayur ini mengandungi nutrisi penting untuk pengeluaran susu seperti zat besi, kalsium, vitamin A, asam folat dan serat.

8. PUCUK MANIS

Pucuk manis adalah antara sayur penting untuk ibu menyusu. Sayur hijau ini sangat baik untuk membuat produksi susu lebih banyak kerana mengandung vitamin A, vitamin B1, B2 dan B6 serta vitamin E.

SUMBER: Hamil.Co

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda