SEJAK kejadian pengasuh dera bayi semakin meningkat di Malaysia, kini ramai diantara  kita yang gundah-gulana, gelisah dan tidak sedap hati mahu tinggalkan anak di rumah pengasuh.

Rasa tidak sedap hati itu sentiasa menghantui, tetapi apakan daya, kita sebagai ibu terpaksa bekerja demi memenuhi keperluan hidup. Hanya tawakal dan berserah pada Allah, itu sahaja yang mampu kita lakukan.

Bagaimanapun, seorag ibu Uyu Fatehah berkongsi doa amalan yang boleh mengurangkan rasa bimbang untuk tinggal anak di rumah pengasuh.


Ini doa guru saya, Almarhum Tuan Guru Ust Dr Haron ajar dahulu:

Nabi Muhammad SAW menitipkan doa ini kepada Abu Hurairah, ketika berpisah dengan beliau;

‎أَسْتَوْدِعُكَ ٱللَّهَ الَّذِي لَاتَضِيعُ وَدَا ئِعُهُ

“Aku letakkan engkau dalam jagaan Allah yang takkan pernah mensia-siakan apa yang di dalam jagaan-Nya”


Al Imam Abdul Wahhab al- Sya’rani mengatakan:

“Di antara akhlak para Solihin ialah mereka menyerahkan segala urusan diri, anak-anak, serta ahli keluarga mereka kepada Allah Taala “.


Semoga Allah beri ketabahan kepada kalian. Diharapkan dengan perkongsian ini, ia dapat melegakan hati kita dan berasa lebih tenang untuk melaksanakan tanggungjawab harian seperti biasa. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik.

KREDIT: UyuFatehah

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda