ADA pasangan memang teringin mahu dapat anak kembar, tambahan lagi yang comel, montel dan gebu. Jadi memang tidak hairan ramai suami isteri menanam impian memiliki cahaya mata kembar.

Kepada mereka yang mengidam anak kembar, bolehlah cuba 8 tip dikongsikan Doktor Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat sebagai panduan.

1. ORANG ASIA 1-2 PERATUS

Peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 peratus. Orang Afrika punya kadar kembar tertinggi, 4 peratus. Orang putih Amerika dan Eropah kadarnya, 3 peratus. Orang Asia, termasuk Malaysia terendah, iaitu 1 – 2 peratus sahaja.

2. MEMPUNYAI KETURUNAN KEMBAR SEBELAH IBU

Jika dalam keluarga ada kembar, khusus keluarga ibu, peluang hamil kembar meningkat 4 kali ganda.

3. BERUSIA 40 TAHUN KE ATAS

Wanita yang melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga, wanita hamil pada umur 40 tahun ke atas.

4. AMALKAN ASID FOLIK DAN VITAMIN 

Wanita yang dalam tahap kesihatan terbaik dan makan berzat serta berkhasiat, termasuk mengamalkan makan suplemen vitamin dan asid folik lebih berpeluang hamil kembar.

5. MINUM PRODUK TENUSU

Ada mengatakan wanita yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Mungkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yg dikeluarkan hati lembu jadi penyebab hamil kembar.

6. MAKAN UBI DAN KELADI

Orang asli Afrika yang makanan mereka terdiri daripada keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda berbanding orang lain.

7. HORMON SUBUR

Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar.
Wanita yang makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 – 10 peratus.
Mereka yang disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam linkungan 30 peratus. Malangnya, kadang-kadang berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko keguguran yang tinggi.

8. RAWATAN IUI DAN IVF

Wanita yang menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan yang menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang hamil kembar.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda