LUKA jahitan selepas bersalin wajib dijaga dengan betul. Kita mungkin pernah terdengar banyak kes luka bersalin yang terkoyak atau bernanah? Memang ngeri dan ngilu kalau teringat, serta tidak dapat dibayangkan betapa sakitnya badan yang menanggung.

Sebenarnya sudah berlaku banyak kes seperti ini. Tetapi tiada apa boleh dilakukan kalau si ibu sendiri tidak mahu menjaga dirinya dengan baik. Sebenarnya ada petua dan tip yang boleh diamalkan supaya luka dan jahitan selepas bersalin cepat kering. Boleh cuba 7 cara ini:

1. KERAP TUKAR PAD

Vagina akan lebih terdedah kepada jangkitan bakteria seleps dijahit. Rajin-rajinlah tukar pad sekerap mungkin untuk pastikan kawasan vagina sentiasa kering. Kalau sudah kering, cepat juga proses penyembuhan.

2. JAGA PEMAKANAN, ELAK SEMBELIT

Elakkan makanan yang boleh menyebabkan sembelit. Banyakkan ambil makanan yang kaya fiber. Elakkan 7 makanan ini dalam tempoh berpantangSembelit menyebabkan tekanan tinggi pada bahagian bawah ketika meneran, dan luka lambat sembuh.

3. GUNAKAN ICE PACK

Ambil pek ais dan bungkuskan dalam kain bersih dan lembut. Kemudian, letakkan atas bahagian luka di vagina.

4. JAGA PERGERAKAN

Jangan kasar atau lasak ketika duduk atau bangun. Bahaya! Luka boleh terkoyak dan berdarah kalau tidak bangun dan duduk dengan betul. Kalau mahu duduk dan bangun, turunkan lutut terlebih dulu sebelum letakkan punggung perlahan-lahan. Jika ibu rasa tidak selesa ketika duduk, lapik punggung dengan bantal.

5. CUCI GUNA AIR SUAM CAMPUR GARAM

Garam ialah agen antiseptik yang baik untuk membunuh segala kuman yang ada sekitar bahagian vagina. Mula-mula memang rasa sakit sikit, tetapi lama kelamaan akan selesa.

Caranya, bancuh air suam dengan sedikit garam dalam besen (jangan banyak garam, lebih kurang 3 sudu makan). Kemudian duduk mencangkung dan rendamkan bahagian luka. Memang luka boleh cepat kering!

6. SENAMAN KEGEL

Senaman ini dapat mengelakkan peranakan jatuh atau tombong. Selain itu, senaman kegel dapat melancarkan peredaran darah ke kawasan vagina. Mesti kena rajin kalau mahu luka cepat sembuh.

7. AMBIL SUPLEMEN

Amalkan pengambilan vitamin C dan zink. Selain membantu mempercepatkan luka sembuh, suplemen juga membantu membina sistem imun bayi yang diterimanya melalui proses penyusuan.

Akhir sekali, ibu jangan lupa banyak minum air putih/kosong secukupnya supaya tidak terkena sembelit atau kurang susu badan. Selamat mencuba!

SUMBER: Vinnity

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda