IBU bapa memang wajib berikan makanan dan nutrisi yang baik kepada anak-anak. Memang anak-anak kita akan seronok apabila dapat gula-gula, keropok, air kotak dan macam-macam makanan ringan lain.

Namun tanpa disedari, kita sebagai ibu bapa sebenarnya sedang suapkan mereka dengan makanan yang mampu menjejaskan kualiti dan perkembangan minda. Sudahnya, anak jadi ‘terlajak cerdik’. Bukannya cerdik betul-betul ye, tetapi sebaliknya. Mereka jadi mudah lupa, susah mengingat, hiperaktif, lambat faham, kurang fokus, sukar tidur dan macam-macam perangai ‘terlajak cerdik’ lain.

1. GULA-GULA

Tidak boleh dinafikan lagi, makanan yang mengandungi kandungan gula tinggi boleh menjejaskan kesihatan anak, termasuk juga orang dewasa. Selain menjadi punca kegemukan dan kerosakan gigi, pengambilan gula yang tinggi juga boleh merosakkan otak anak.

Menurut kajian pasukan saintis Universiti of California (UCLA), kanak-kanak yang mengambil makanan dengan kandungan fruktosa tinggi dalan jangka masa panjang boleh mengubah kemampuan otak dalam pembelajaran dan menyimpan maklumat.

2. MAKANAN SEGERA DAN MAKANAN RINGAN

Makanan segera seperti nuget, dan kentang goreng memang sudah disahkan sebagai jenis makanan yang tidak berkhasiat kerana mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, kolestrol dan kandungan garam tinggi.

Sekiranya anak tidak dapat zat yang sepatutnya untuk tubuh, semua makanan ini dapat menjejaskan perkembangan otak mereka.

3. MI SEGERA DAN MAKANAN DALAM TIN

Sekiranya ibu bapa sibuk dan tidak sempat memasak, cuba elak beri mereka makan mi segera. Kandungan bahan kimia dan pengawet tinggi dalam makanan segera meningkatkan risiko penyakit demensia, iaitu kemerosotan fungsi otak kanak-kanak.

4. DAGING PROSES

Daging yang siap diproses seperti sosej, nuget, daging burger dan sebagainya adalah berasaskan sumber protein yang tidak asli. Jika anak-anak mengambil makanan proses dalam kuantiti banyak, bahan kimia yang terkumpul boleh menyebabkan sistem saraf mereka terganggu.

5. TEH DAN KOPI

Teh dan kopi ada kafein yang boleh menyebabkan masalah insomnia dan mampu menjejaskan kualiti tidur perkembangan otak anak-anak. Kafein juga berupaya menyerap zat besi yang diperlukan tubuh sebagai bekalan oksigen ke otak.

6. MINUMAN GAS DAN AIR KOTAK

Selain merosakkan gigi dan menyebabkan masalah obesiti, kandungan gula tinggi dalam minuman tin dan air kotak mampu merosakkan otak kanak-kanak. Kajian dijalankan Univesity of Southern California mendapati minuman bergas mampu menjejaskan fungsi otak.


Sebagai ibu bapa, kita harus memainkan peranan penting dalam menentukan apakah jenis makanan berkhasiat diperlukan anak-anak dalam memastikan perkembangan otak mereka berjalan lancar selain mengelakkan ditimpa penyakit kronik.

SUMBER: TheAsianParent

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda