KESILAPAN utama ibu mejadi pemarah adalah kerana tidak tahu tip kawal emosi dalam melayan karenah dan ragam anak-anak. Apa yang penting dalam mengendalikan ragam anak adalah bertenang dan tahu mengawal emosinya.

Jadi, bagaimanakah cara untuk kawal emosi? Berikut adalah cara untuk mengawal emosi dengan mudah untuk panduan ibu semua.

APA PUNCA IBU CEPAT MARAH

1. PENAT FIZIKAL

Penat fizikal menjadi penyebab kita tidak tahu kawal emosi seterusnya membuatkan kita tekanan sebab itu anak buat salah sikit, cepat saja kita marah, menengking, menjerit hingga ada yang memukul.

2. PENAT EMOSI

Penat ini mungkin disebabkan oleh masalah kerja sama ada rakan sekerja dan bos di tempat kerja. Tetapi lebih banyak tertumpu kepada masalah peribadi iaitu bersama pasangan atau suami.

3. PENAT PEMIKIRAN / PENAT OTAK

Banyak masalah dan perkara yang perlu difikir menjadikan otak kita overload menanggung beban. Jika dipendam, ia lebih mudah menyebabkan kita lebih menjadi pemarah.

BACA >>> Isteri Asyik Melenting Tidak Tentu Pasal- Ini Cara Sejukkan Hatinya

JADI, APA PERLU BUAT ELAK JADI PEMARAH?

1. SENAMAN FIZIKAL

tip kawal emosi

Ia mampu meregangkan otot dan meningkatkan fungsi kardiovaskular malahan membuatkan otak kita merembeskan 4 hormon yang merupakan antidepressants dan neurotransmitter kepada mood. Lakukan senaman sebaiknya di kawasan terbuka dan mempunyain sinaran matahari kerana ia mengandungi vitamin D yang merangsang otak merembeskan hormon antistres.

Selepas melakukan senaman, kita akan mendapati perubahan kawalan emosi dalaman yang jauh lebih baik, kurang pemarah dan boleh dikawal dalam mengendalikan ragam dan karenah anak-anak.

Jadi, lakukan senaman 3 kali seminggu selama 20 minit adalah yang terbaik! Ibu semua, jangan abaikan senaman, walaupun sememangnya kita tidak punya masa untuk bersenam kerana sibuk menguruskan rumahtangga.

Nota: Kita juga boleh berjalan kaki selama 10 hingga 15 minit pada awal pagi, tengah hari, petang mahupun malam. Minimun 10,000 langkah sehari.

2. LATIHAN PENAFASAN

Boleh dilakukan dalam rumah dan pada awal pagi. Latihan pernafasan ini membantu kita melancarkan aliran darah kerana meningkatkan oksigen ke dalam badan dengan mudah, ia sekali gus membantu kita dalam berfikiran lebih rasional ketika marah.

Ketika marah, nafas kita akan lebih perlahan dan tercungap-cungap kerana kurang oksigen. Teknik atau latihan pernafasan ini membantu kita dalam menangani marah. Caranya boleh tengok di Youtube.

3. TIDUR BERKUALITI DAN CUKUP

Tidur kena cukup 8 jam sehari dan sekurang-kurangnya 27 minit pada waktu siang. Tidur yang tidak cukup pun punca kita tidak mampu mengawal emosi dan stres.

4. TERAPI AIR

Balik kerja pastikan kita mandi dahulu, air itu sejuk dan ia mampu memberikan kesegaran pada badan. Mandilah dari kepala hingga kaki, tidak perlu lama. Kita juga disarankan untuk minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

5. SOLAT DAN BANYAK MEMBACA AL-QURAN

Membaca Al-Quran setiap hari antara magrib dan isyak boleh membantu memberikan ketenangan. Selain itu, amalkan juga solat pada awal waktu.

Cubalah, semoga memberi manfaat buat ibu semua!

BACA >>> Doktor: Ada 5 Sebab Kenapa Jangan Biarkan Isteri Stres!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda