RASANYA semua ibu sudah tahu tentang tip asas untuk memastikan janin atau bayi dalam kandungan kekal sihat. Antaranya berhenti merokok dan tidak mengambil alkohol. Tetapi, apakah ada cari lain yang mungkin dapat membantu kesihatan anak.

Ada 20 tip yang boleh anda ikut seperti di bawah ini:

1. TIDUR MENGIRING

Ini dapat melancarkan pengaliran darah semaksimum mungkin kepada bayi. Tidur meniarap akan beri tekanan kepada bayi. Tidur menelentang pula boleh mengehadkan pengaliran darah ke jantung dan akan buat kita pening kepala.

2. JANGAN TAHAN KENCING

Elakkan tahan kencing. Tahan kencing akan meningkatkan risiko mendapat jangkitan kencing. Lebih buruk lagi, boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang.

3. BUANG SEMUA KRIM ANTI PENUAAN

Kebanyakan produk mengandungi bahan kimia (retinol) dan dikaitkan dengan kelahiran bayi cacat. Jadi, pilih produk bebas retinol.

4. PERIKSA GIGI

Wanit hamil selalu dapat penyakit gusi yang dikaitkan dengan kelahiran bayi pramatang. Jadi, jangan lupa periksa gigi ketika hamil.

5. ELAK KUCING

Pasir dan najis kucing boleh bawa toxoplasmosis, iaitu sejenis parasit yang menyebabkan kerosakan otak bayi dalam kandungan. Pakai sarung tangan tebal atau minta pasangan buang najis kucing.

6. MAKAN IKAN BERMINYAK

Ikan berminyak seperti salmon, makarel, tuna dan sardin amat baik untuk perkembangan otak dan penglihatan bayi. Cukup sekadar ambil hidangan ikan, 2 kali seminggu.

7. LAKUKAN UJIAN DARAH B STREP (GBS)

Satu jangkitan biasa yang jarang berlaku. Bagaimanapun, ia boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan.

8. MANDI AIR SEJUK

Bayi tidak boleh mengawal suhu badan, mkan berendam dalam tab air panas boleh menyebabkan fetus tidak normal. Sebagai peraturan, jika rasa panas, berpeluh, pening atau kulit jadi merah, ini bermakna bayi terlalu panas.

9. ASID FOLIK

Asid folik dapat mengurangkan risiko bayi kurang berat. Bayi yang lahir dalam keadan kurang berat lebih cenderung mendapat diabetes dan masalah pernafasan. Jadi ambillah 400mg pil tambahan bermula tempoh sebelum hamil hingga akhir minggu ke-12.

10. PAKAI TALI PINGGANG KESELAMATAN KETIKA DALAM KERETA

Jika tidak pakai tali keledar, bayi akan dihimpit jika berlaku kemalangan. Pakai tali pengikat paha di bawah perut, melintasi kedua-dua paha dan bukan melintasi abdomen.

11. DOS PROBIOTIK SETIAP HARI

‘Bakteria mesra’ dijumpai dalam yogurt dan minuman sihat seperti Vitagen dan Yakult. Ini baik untuk sistem pencernaan dan juga mengurangkan risiko ekzema ke atas bayi.

12. BERFIKIRAN POSITIF

Kajian menyatakan, ibu hamil yang berfikiran positif akan melahirkan bayi lebih sihat dan kuat. Ketika hamil, sentiasa cuba tenangkan diri walaupun menghadapi masalah.

13. HATI-HATI KACANG TANAH

Sekiranya anda atau pasangan (atau ahli keluarga lain) mengalami asma, ekzema atau alergi, elakkan kacang tanah dan produk kekacang ketika hamil kerana boleh jadi punca alergi terhadap bayi.

14. MINUM BANYAK AIR

Minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari. Kita mungkin terpaksa kerap berlari ke tandas, tetapi air yang banyak diperlukan untuk menggantikan cecair amnion dan meningkatkan isipadu darah.

15. BERSIKAP JUJUR DENGAN SEJARAH KESIHATAN

Mungkin anda tidak mahu mengaku sudah hisap 40 batang rokok ketika hamil atau dijangkiti penyakit kelamin. Doktor perlu tahu kebenaran sebenar supaya mereka tahu apa rawatan atau ubat yang mungkin membahayakan bayi.

16. JANGAN AMBIL UBAT-UBATAN TANPA NASIHAT DOKTOR

Sebanyak 39 peratus ibu hamil mengambil ubat-ubatan ketika awal kehamilan. Malah ada ibu yang mengambil aspirin dan ubat alternatif yang dikaitkan dengan keguguran. Sentiasa dapatkan nasihat doktor sebelum ambil sebarang ubat.

17. MAKANAN VITAMIN E

Makanan seperti kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau dan minyak sayur-sayuran ialah sumber vitamin E yang dapat mengurangkan masalah bayi  menghidap asma, ekzema dan alergi.

18. ELAK KAFEIN

Paras kafein tinggi dikaitkan dengan keguguran dan berat bayi rendah. Agensi Standard Makanan (FSA) mengesyorkan pengambilan harian kafein maksimum 300mg sahaja (4 cawan kopi segera, 3 kopi ditapis atau 6 cawan teh).

19. AMBIL VITAMIN TTAMBAHAN PRANATAL

Bukan senang hendak makan makanan sihat setiap hari. Bagi memaksimumkan penyerapan vitamin dan mineral, ambil suplemen selepas makan.

20. SIMPAN BUTIR DOKTOR DAN WAD BERSALIN 

Kita lebih kenal tubuh sendiri. Jangan takut mengganggu doktor jika ada sesuatu yang tidak kena ke atas tubuh kita. Jika menyentuh soal bayi dalam kandungan, kita harus sentiasa percaya pada naluri hati.

Semoga anda dikurniakan bayi sihat dan bijak! Amalan hidup sihat selama 9 bulan sememangnya dapat memberikan bayi anda permulaan hidup yang terbaik.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda