AMALAN bertangas mungkin kurang popular di kalangan ibu muda masa kini kerana semakin jarang diamalkan. Amalan tradisi itu dikatakan mampu membantu seseorang wanita untuk kekal awet muda, cergas dan sihat walaupun usia sudah mencecah 50-an.

Mari kita ketahui lebih lanjut tentang amalan bertangas.

APAKAH ITU TANGAS?

Tangas terbahagi kepada 2 jenis: kering dan basah. Tangas basah menggunakan wap daripada air rebusan herba, manakala tangas kering menggunakan bara api atau batu sungai yang dipanaskan.


BAHAN-BAHAN TANGAS KERING

  • Kayu gaharu dan kencur
  • Koci
  • Daun sirih
  • Manjakani
  • Kunyit putih

RUTIN TANGAS KERING

Kebiasaannya, rawatan ini dilakukan selepas hari ke-30 bersalin selama 10 hari berturut-turut (selepas darah nifas kering). Sebelum bertangas, ibu disarankan minum segelas air dan tempoh maksimum rawatan ialah 30 minit.


KEBAIKAN BERTANGAS

Kandungan herba tradisional dalam rawatan tangas dapat membaiki dalaman badan ibu sama ada baru bersalin atau tidak.

  1. Dapat bantu kurangkan berat badan.
  2. Atasi masalah badan lemah dan lesu.
  3. Lancarkan peredaran darah.
  4. Mengeluarkan toksin dalam badan.
  5. Merawat bau lendir busuk yang keluar daripada saluran vagina.
  6. Melancarkan haid.
  7. Mengurangkan keputihan.
  8. Mengelakkan rahim daripada kendur (prolaps).
  9. Mengecutkan rahim dan otot yang kembang.
  10. Merawat luka jahitan selepas bersalin.
  11. Mengetat dan mengeringkan bahagian intim.
  12. Mewangikan bahagian intim.
  13. Memanaskan badan.
  14. Buang angin dalam badan.
  15. Beri tenaga dan mengurangkan tekanan.
  16. Pulihkan masalah kulit lesu.
  17. Kurangkan bau badan.
  18. Beri kelembapan kulit yang mantap pada bahagian intim.

CARA BERTANGAS

  1. Sediakan arang dan nyalakan hingga jadi bara. Alihkan ke dalam bekas tanah liat atau bekas keluli tahan karat. Taburkan ramuan tangas kering ke atas bara.
  2. Letakkan bara atas lantai dan kerusi di atas. Kerusi tangas biasanya menggunakan kerusi rotan berlubang di atas dan ada penutup di sisi. Kalau tiada, boleh gunakan kerusi plastik berlubang.
  3. Duduk atas kerusi dan pastikan kain disarungkan supaya herba dapat menyerap masuk.
  4. Tutup bawah badan dengan kain. Duduk selama 15-30 minit sambil lakukan senaman kemutan atau senaman lantai pelvis.

TIP:

  • Tempoh maksimum bertangas hanya 30 minit. Kalau terlebih, dikhuatiri risau menyebabkan masalah dehidrasi.
  • Tangas boleh diamalkan tiga kali seminggu kecuali ketika haid.
  • Minum segelas air sebelum buat rawatan.

Selalunya kita memang tiada bahan herba dan alatan untuk buat sendiri rawatan tangas di rumah. Kalau ada bajet lebih, boleh saja ke spa yang menawarkan rawatan bertangas. Selamat mencuba!

SUMBER: Wanista

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda