ADA pelbagai cara menjaga hubungan suami isteri yang berlandaskan ajaran Islam. Penting bagi suami sebagai ketua keluarga menjaga keharmonian rumah tangga melalui adab dan amalan diajar agama.

Jika dilihat perjalanan hidup Rasulullah, kita akan sedar tentang bagaimana baginda meninggikan status wanita dan akan tahu hakikat cinta dalam kehidupan berumah tangga.

AKU BUKAN BUJANG

“Perkara yang aku perlu ingat, aku bukan masih bujang hendak ke hulu ke hilir tidak kira masa. Ini sebabnya kenapa aku tidak berkira menolong isteri aku menguruskan hal rumah tangga.”

1. Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isteri, bukan kerana takut tangan isterinya jadi kasar, tetapi kerana Rasulullah SAW melakukannya.

2. Suami tidak bersuara keras kepada isteri bukan kerana takutkan isteri akan marah dan tinggalkan rumah, tetapi kerana Rasulullah SAW melakukannya.

3. Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal di luar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan, tetapi kerana Rasulullah SAW melakukannya.

4. Suami tersenyum melihat isteri cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya, tetapi kerana Rasulullah SAW melakukannya.

5. Suami makan masakan isteri yang masin ataupun yang keras bukan kerana cuba menunjuk romatis di depan isteri, tetapi kerana Rasulullah SAW melakukannya.

6. Suami mengumpulkan sejumlah dana untuk disimpan isteri bukan kerana bodoh dalam mengatur kewangan, tetapi kerana Rasulullah SAW melakukannya.

7. Suami merawat anak kecil ketika mereka sakit bukan kerana mereka sesuai jadi perawat peribadi, tetapi kerana Rasulullah SAW melakukannya.

“Aku sering dikatakan takut isteri apabila kerap duduk di rumah menjaga anak, kemas rumah dan memasak. Aku jarang bersosial, jika hanya bila perlu dan keadaan mengizinkan. Kini kamu tahu, aku bukannya takut isteri, tetapi aku jadikan Rasulullah sebagai contoh dan idola…”

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda