INI kisah seorang suami dan ayah, Wan Syaiful Azhar yang terpaksa menjaga anak seorang diri selepas isterinya diwadkan di hospital. Semoga perkongsian ini membuka mata semua suami untuk menghargai isteri mereka.

Status di bawah disunting mengikut skema penulisan kami tanpa menjejaskan maksud sebenar kandungan asal. Status asal boleh dibaca pada pautan di akhir artikel. Harap maklum.


“Insaflah para Suami” isteri kau sebenarnya super power kalau mereka bekerja bagi membantu kau cari rezeki.

Aku ada anak seorang lelaki, 4 tahun Arshad namanya. Selama ini aku rasa aku seorang suami yang sudah cukup membantu isteri sebab aku memasak untuk keluarga. Yes, percaya atau tidak sudah dua tahun aku memasak hampir setiap hari untuk makan malam anak bini. Aku juga bantu basuh baju dan sidai baju. Bagi aku wow sudah cukup power aku ini. Mana ada suami lain macam itu…hahaha…

Tak! Salah kalau aku nak bangga diri dengan semua itu. Apa yang aku buat itu hanya sebahagian kecil dari susah jerih isteri aku. Selama ini aku tidak nampak benda pagi-pagi buta sampailah malam apa bini aku buat (melayan karenah anak).

Yup, ini kerja paling berat. Kenapa anak manja dengan ayah? Sebab ayah jenis bagi saja semua dia minta, gula-gula, aiskrim, apa tidak manja budak itu dengan bapa dia. Mak lah yang mendidik anak sebenarnya…bukan mak kedekut.

Alkisah bini aku warded sejak awal ogos hari itu, jangka sampai awal bulan 9. So, bermulah hidup aku sebagai single dad sudah hampir 3 minggu alhamdulillah. Ini kisah jerih aku bagai nak gila tiba-tiba semua benda kena buat sorang-sorang.

Sebagai peniaga online, hidup aku lebih aktif sebelah malam, buat posting, buat iklan. Siang pula aku settle pos laju, kadang-kadang buka street stall di taman permainan.

Selama ini bab anak hampir 80% isteri aku settlekan. Pukul 6.30 pagi or 7 pagi bangun sembahyang subuh. Kejut anak aku memang susah nak bangun. Merengek saja lah. Dah bangun pun kena pegang bawa masuk tandas mandikan, kalau tidak teman or mandikan memang tidak bergerak lah dia. Habis mandi dia sudah cergas! Nak lap air kat badan jenuh kejar aku! Nak kasi pakai baju pun jenuh bergusti… ada saja benda lain yang dia nak buat time aku nak pakaikan seluar dan baju dia. Ok itu bab siapkan dia. Lepas itu kena bagi susu sebab dia memang kebulur time bangun tidur. Pastu turun bawah bagi dia layan TV kejap sementara aku bersiap, kalau tidak, buat perangai lah dia.

Belum lagi bab baju apa kena pakai pergi sekolah. First week anak aku sampai taska pukul 8 hingga 8.30 pagi. Hari sepatutnya pakai baju sukan aku pakaikan uniform taska. Beg tertinggal, bekas air tertinggal, baju untuk rumah pengasuh aku tidak lipat masuk beg. Dalam kekalutan semua ini sampai hilang kunci kereta misplace hampir seminggu, nasib lah kereta dua biji.

OTW pergi taska macam-macam karenah dia, nak kuih lah, nak air pink lah, nak bawa bantal masuk kereta, mainan semua dia nak bawa. So, semua ini isteri aku buat setiap hari dengan dia kena masuk pejabat pukul 8.30am. Bayangkanlah, wife aku kerja HR. Tanya orang lain yang keja HR mesti mereka usap dada.

Yes itu semua berlaku dalam 2 jam pertama waktu pagi weekday. So, lepas hantar dia ke sekolah, baru lah aku boleh pergi minum atau selesaikan kerja-kerja aku.

Petang aku pergi ambil dia di rumah pengasuh, tengoklah kadang-kadang awal, kadang lewat aku ambil. Dari pintu rumah pengasuh nak masuk kereta saja macam-macam dia buat hal, nak berdukung, nampak mesin telur mainan pun dia nak, sudah masuk kereta owh mainan pula tertingal di rumah pengasuh. Meraung kalau tidak pergi ambil, so kene juga ambil. Untung juga aku pengasuh dia merangkap mak usu wife aku, rasa selamat dan dia sangat memahami kesusahan jantan yang baru belajar jaga budak kecil seorang-seorang ni. Baju-baju Arshad kadang-kadang dia basuhkan.

Dah masuk kereta, otw balik nampak air orang jual tepi jalan, nak beli… so aku pun berhenti la beli, masuk kereta sedut sikit, “Taknak lah tak sedap” katanya.

Sampai rumah tenaga ada 30%, buka saja pintu rumah, mainan semalam dia main tak kemas lagi, bersepah ruang tamu, segala gula-gula celah kerusi dia tinggalkan bersemut. Dalam kepala nak sembahyang ke nak kemas ke nak masak dulu, ke nak mandikan dia dulu, wah baju tidak basuh lagi, kain berlonggok tidak lipat lagi, adui banyak online posting kena buat, menu apa nak masak ini, dalam masa yang sama Arshad duduk suruh buka TV nak tengok kartun, masa itu juga dia minta susu, masa itu juga dia nak terkencing sangat sampai picit bird tidak kasi keluar, last-last keluar juga dalam seluar dia.

So, waktu inilah sebenarnya ujian tuhan nak bagi aku, aku hampir-hampir nak menangis nak menjerit. Nak saja aku upah pengasuh jaga Arshad terus sebulan. Sampai macam itu sekali aku fikir.

Selepas solat aku bertenang, buat semua satu-satu sampai habis, makan Arshad pandai makan sendiri tapi maybe satu jam baru abis lah kalau dia makan sendiri, so, kena suapkan kalau nak cepat, suapkan pun jenuh lah berperang. Sekali panggil sekali dia buka mulut. Nasib Acad sudah besar, kalau masa kecil dulu, aku perasan nasi suap Acad nasi itu juga lah bini aku makan, belum lagi Acad wat hal pergi luah balik nasi dalam pinggan kita tengah makan. Hari yang tidak baik dia tak nak makan langsung walaupun aku sudah masak hempas pulas, rasa cam grrr… macam itu lah bini kita semua rasa kalau dia masak tapi kamu pergi main futsal dan makan di luar.

Habis makan, putar baju mesin basuh, basuh pinggan mangkuk, kemas dapur, baju dan seluar kena kencing rendam dulu, jangan campur sekali, nanti habis baju lain bau hancing.

Pukul 10 aku sudah lalok mengantuk kaw-kaw. Eh, selama ini aku berjaga sampai pukul 2 -3 pagi tiap hari tidak ada hal pun. Nampak tidak beza apabila jadi suri rumah dan bekerja. Selama ini aku pelik wife aku pukul 9 pun sudah terlelap depan TV. So, sekarang Arshad pukul 11 ke 12 baru naik tidur sebab macam-macam aku kena buat sebelum ajak dia tidur. Lepas dia tidur aku kena bangun balik untuk buat kerja-kerja online bisnes aku.

Bab nak tidur ini, kena bancuhkan susu, kena mandikan dulu, kena suruh kencing sebelum masuk tidur. Kalau tidak sama ada dia kencing tilam atau dia kejut suruh temankan dia kencing.

Sudah baring nak tidur, sudah teringat baju putar tadi tidak sidai lagi. Mati lah nak! So, begitulah, belum part weekend bila sehari suntuk aku jaga dia, baju dan seluar yang aku pakaikan tidak pernah yang match, macam badut jadinya Arshad. Nak cerita semua tidak habis sampai minggu depan.

Owh ini semua berlaku dalam satu hari.

So, kalau isteri anda bekerja, anda tengok baliklah apa yang anda buat untuk bantu dia! Bagi duit saja tidak jalan woih.

Abam nak makan ini, baru settle bagi Acad makan.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda