MUSIM cuti sekolah sudah pun bermula. Pasti kita sudah merancang pelbagai aktiviti untuk anak-anak supaya mereka dapat berseronok sepanjang bercuti di sekolah. Bagaimanapun, kepada ibu bapa yang masih belum ada apa-apa aktiviti, tidak merancang pulang ke kampung atau bercuti, anda boleh buat beberapa aktiviti menyeronokkan dengan anak-anak di rumah sepanjang musim cuti sekolah ini.

1. HAFAL SURAH DAN HADIS

Inilah masa kita ajak anak menghafal sebanyak mungkin surah dan hadis. Berikan hadiah atau sebarang ganjaran kepada anak sekiranya dia berjaya menghafal beberapa surah sepanjang tempoh bercuti.

2. TAMBAH KEMAHIRAN

Boleh bermain hafal sifir dengan anak dengan cara menyeronokkan. Selain itu, boleh juga mewarna atau melukis untuk asah kreativiti anak-anak. Kepada anak yang sudah pandai menggunakan komputer, berikan anak peluang belajar kemahiran menggunakan komputer.

3. MENONTON FILEM 

Bersama anak menonton filem atau kartun kegemarannya. Selain hiburan, kita boleh menonton rancangan yang memberi pengetahuan tambahan kepada anak seperti rancangan Animal Planet, National Geographic dan lain-lain.

4. GOTONG-ROYONG 

Ajak anak membantu mengemas kawasan rumah dan bilik tidur mereka. Pada masa ini kita dapat mengajar anak melipat kain, mencuci cermin, sapu sampah dan sebagainya. Selain menjadikan rumah bersih, anak pun dapat menambah skil mereka.

5. AKTIVITI MEMASAK 

Bawa anak masuk dapur dan masak bersama. Pilih menu sesuai untuk dimasak bersama anak kecil. Contohnya, buat kek, mufin, donat, dan apa-apa menu yang boleh anak ikut serta. Selain membantu di dapur, anak mesti seronok mahu makan masakan sendiri.

6. PERGI PASAR 

Bawa anak ke pasar, sama ada pasar pagi, pasar malam, pasar tani atau uptown. Selain dapat membantu kita mengangkut barangan yang dibeli, kita juga boleh menggunakan kesempatan ini untuk mengajar anak mengenali barang yang dijual di pasar.

7. JEMPUT KAWAN ANAK DATANG RUMAH

Biar anak ajak kawan mereka datang dan bermain di rumah. Pasti masa bermain jadi lebih berkualiti dan menyeronokkan buat si anak.

8. BERSENAM 

Keluar berbasikal atau lakukan senam aerobik di rumah dengan anak. Kalau anak suka menari, beri peluang mereka menari dengan video tutorial tarian daripada Youtube.

9. PERGI MASJID

Ambil peluang bawa anak ke masjid untuk solat berjemaah.

10. ULANGKAJI PELAJARAN 

Kalau anak kerja sekolah yang perlu disiapkan, kita boleh teman dan bantu anak menyiapkan tugasan. Kita boleh ambil kesempatan membantu anak mengulangkaji pelajaran sekiranya anak memerlukan pemahaman lebih mendalam tentang sesuatu subjek dipelajari.

Semoga anakkita dapat memanfaatkan masa cuti mereka sebaiknya. Kita juga patut ambil peluang meluangkan masa bersama anak. Jom kita cuba aktiviti yang mudah dan jimat ini. 😀

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda