SEJAJAR dengan peningkatan jangkitan Influenza kebelakangan ini, AJ Biologics telah melancarkan vaksin SKYCellflu Quadrivalent® picagari siap diisi, baru-baru ini.

Vaksin baharu ini dihasilkan dengan menggunakan teknologi kultur sel inovatif untuk memberikan tahap keberkesanan vaksin yang lebih tinggi berbanding vaksin berasaskan telur.

BACA>>> Hati-Hati 9 Penyakit Ini yang Kerap Serang Anak Kecil

Ketua Pegawai Operasi AJ Biologics Sdn Bhd, Jerome Cabannes berkata, vaksin berasaskan sel kultur ini terbukti lebih efesien dan selamat serta lebih baik jika dibandingkan dengan vaksin berasaskan telur.

“Vaksin SKYCellflu Quadrivalent dihasilkan menggunakan sejenis inkubator steril yang tidak memerlukan antibiotik dan pengawet. Sebab itu, vaksin ini sesuai bagi mereka yang alah kepada telur dan sensitif pada antibiotik.

“Selain itu, ia juga bertindak pantas terhadap wabak jenis influenza baharu atau yang telah dimutasi kerana ia boleh dihasilkan dalam jangka masa yang lebih singkat iaitu antara 3 bulan berbanding vaksin berasaskan telur sekitar 6 bulan,” katanya.

VAKSIN SKYCELLFLU QUADRIVALENT KEBERKESANAN LEBIH TINGGI

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), vaksin influenza berasaskan sel menyingkirkan adaptasi telur yang berlaku dalam vaksin influenza berasaskan telur dan mungkin menghasilkan vaksin yang mengandungi virus yang lebih mirip kepada virus influenza yang sedang tersebar, lantas meningkatkan keberkesanan vaksin.

Sementara itu, Pakar Pakar Runding Pediatrik dan Neonatalogi, Hospital Pakar KPJ
Damansara, Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata, daripada kajian klinikal yang melibatkan kanak-kanak dan remaja mendapati bahawa vaksin SKYCellflu Quadrivalent® ini memaparkan tahap keimunogenan baik terhadap keempat-empat strain influenza, dengan kadar seroperlindungan melebihi 90 peratus, serta profil keselamatan yang disokong dengan baik.

“Bagi strain dalam dewasa dan warga tua, vaksin SKYCellflu Quadrivalent® memberikan kadar seroperlindungan melebihi 95 peratus. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa vaksin yang dihasilkan melalui kultur sel lebih imunogenik terhadap influenza B berbanding vaksin kawalan, iaitu sejenis vaksin subunit berasaskan telur,” katanya.

BACA>>> Gerakan Penolakan Vaksin Salah Satu Punca Kes Batuk 100 Hari Meningkat!

KELEBIHAN VAKSIN SKYCELLFLU QUADRIVALENT

  • Sesuai digunakan untuk pengimuman aktif bagi dewasa dan kanak-kanak berusia lebih 3 tahun
  • Mencegah penyakit Influenza yang berpunca daripada subjenis Virus A dan B.
  • Sesuai kepada mereka yang alergi telur dan antibiotik
  • Boleh diambil oleh ibu hamil dan menyusu serta warga emas
  • Memberikan tahap perlindungan lebih tinggi
  • penghasilan vaksin yang lebih tulen
  • Tiada risiko alahan telur
  • Dibuat tanpa pengawet dan antibiotik
  • Pengeluaran vaksin yang boleh ditambah dengan pantas sekiranya berlaku wabak

Sementara itu, mengulas berhubung harganya, Christopher berkata, Vaksin SKYCellflu Quadrivalent® dijual dengan harga yang sama dengan vaksin berasaskan telur sebelum ini.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda