Utama Bum Sana Sini Adik Qaireen Adriana Perlu Bantuan RM15k Untuk Pembedahan Jantung

Adik Qaireen Adriana Perlu Bantuan RM15k Untuk Pembedahan Jantung

49

SEORANG bapa di sini merayu ihsan pelbagai pihak bagi meringankan beban tanggungan kos pembedahan jantung anak sulungnya Qaireen Adriana Tihani yang berusia lapan tahun.

Mohamed Haffiez Mansor Taridi, 35, berkata, Qaireen Adriana bakal menjalani pembedahan kali keempat di Institut Jantung Negara (IJN) yang dijadualkan 13 Januari depan dan memerlukan kos RM15,000.

“Kos pembedahan adalah RM40,000 yang tidak termasuk kos tambahan kerana anak saya akan dirawat di IJN hampir 2 minggu selepas pembedahan.

“Kira-kira seminggu lagi sebelum pembedahan keempat, kos yang masih belum cukup adalah RM15,000,” katanya kepada pemberita hari ini.

Pada 6 Disember lalu pernah melaporkan keresahan  Mohamed Haffiez untuk mendapatkan dana bagi menampung kos pembedahan Qaireen Adriana buat kali keempat di IJN yang sepatutnya dijalankan pada 11 Disember baru-baru ini.

PEMBEDAHAN TERPAKSA DITANGGUHKAN AKIBAT TIDAK CUKUP DUIT

Pembedahan yang sepatutnya dilakukan pada bulan lalu bagaimanapun terpaksa ditangguhkan kerana keluarga berkenaan tidak mempunyai wang yang cukup untuk menanggung kos prosedur membaiki injap dan salur jantung.

Sehubungan itu, Mohamed Haffiez memohon jasa baik pelbagai pihak untuk memastikan Qaireen Adriana dapat menjalani hidup yang lebih baik selepas menjalani pembedahan tersebut.

Orang ramai yang ingin menghulur sumbangan boleh menyalurkannya melalui akaun Maybank 156066093150 atau CIMB 7607551097 atas nama Mohamed Haffiez Bin Mansor Taridi.

BACA>>>> Jangan Ikut Aksi #TindanChallenge, Anak Berisiko Cedera Tulang Belakang!

SUMBERKosmoOnline

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda