IMBASAN ultrasound sudah lama digunakan pada ibu hamil dan tiada bukti menunjukkan ia membahayakan, jika digunakan mengikut panduannya.

Orang yang mengendalikan imbasan itu (doktor atau sonografer) akan mengikuti panduan-panduan tersebut untuk memastikan bahawa anda dan bayi selamat.

CARA APAKAH ULTRASOUND BOLEH MENJEJASKAN BAYI?

Ultrasound menghantar gelombang bunyi melalui uterus (rahim) yang dipantulkan oleh bayi. Gema yang dihasilkan ditukarkan kepada imej pada skrin, jadi doktor boleh melihat posisi dan pergerakan bayi.

Semasa imbasan ultrasound berjalan, sedikit haba dikeluarkan dan diserap oleh bahagian badan yang dikenakan imbasan itu. Imbasan yang anda jalani semasa hamil mengeluarkan amat sedikit haba (kurang dari 1 darjah Celsius).

Sebab itu, ia selamat bagi anda dan bayi. Hanya jika suhu tisu badan yang diimbas itu naik sebanyak 4 darjah Celsius barulah ada kemungkinan ia membahayakan.

Jenis imbasan rutin bagi mendapatkan imej bayi dalam kandungan dua dimensi (2D) menggunakan ultrasound rendah kekuatan. Imbasan 3D dan 4D juga selamat seperti imbasan 2D kerana imejnya terdiri daripada seksyen-seksyen imej 2D yang diubah menjadi gambar.

BACA>>> Soda Bikarbonat Berbuih Bukan Tanda Dapat Bayi Lelaki Tetapi Ini Sebabnya…

ADAKAH SAYA MEMERLUKAN IMBASAN TAMBAHAN LAIN

Anda mungkin ditawarkan imbasan tambahan untuk memantau tumbesaran dan kesihatan bayi jika anda;

  • mengalami komplikasi dalam kehamilan sebelum ini
  • menghidap diabetes
  • menghidap tekanan darah tinggi
  • mempunyai BMI lebih daripada 35
  • hamil dengan anak kembar.

BACA>>> Urut untuk Betulkan Bayi Songsang Boleh Bawa Maut kepada Ibu dan Anak?

BAGAIMANAKAH SAYA MEMASTIKAN IMBASAN ULTRASOUND SELAMAT

Bagi memastikan ia selamat digunakan imbasan ultrasound hanya boleh dijalankan oleh kakitangan yang berkelayakan penuh dan tahu bagaimana menjalankan imbasan dengan selamat.

Mereka melakukan ini dengan menggunakan tahap ultrasound yang rendah seberapa yang boleh dan melakukan imbasan itu secepat mungkin. Mereka maklum bahawa:

  • Doppler jika digunakan dengan kuar faraj, tidak harus digunakan di minggu-minggu awal semasa bayi masih melalui pertumbuhan.
  • Tulang menjadi panas lebih cepat daripada tisu lembut. Tulang bayi mula terbentuk pada kira-kira minggu ke-12 dan menjadi keras apabila dia membesar, jadi tengkorak bayi ialah bahagian yang sensitif dalam fasa lewat kehamilan.
  • Kuar tidak harus kekal di satu tempat untuk masa yang lama.
  • Imbasan harus dijalankan bagi tempoh masa yang singkat jika anda demam dan suhu mula naik.

Kebanyakan pakar bersetuju bahawa tiada imbasan membahaya. Faedah yang diperolehi daripada imbasan bersiri adalah untuk mengesan perkembangan kehamilan bagi mengelakkan risiko pada bayi.

SUMBER: BabyCenter

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda