MUNGKIN agak normal bagi ibu bapa apabila melihat anak kita tidur dalam keadaan berpeluh walaupun dalam cuaca sejuk dan dingin.

Ramai ibu bapa mengganggap hal ini adalah biasa pada kanak-kanak membuat pilihan untuk meletakkan pendingin hawa. Walaupun peluh anak itu normal tetapi kita perlu mengawasi apabila anak kita menunjukkan tanda-tanda yang tidak sepatutnya dialami oleh bayi.

KENAPA BAYI BERPELUH KETIKA TIDUR

Bayi berpeluh ketika tidur adalah normal kerana mereka sememangnya akan lebih mudah berpeluh berbanding orang dewasa.

1. SISTEM SARAF BELUM BERKEMBANG SEPENUHNYA

Sistem saraf badan anak kita masih belum berkembang secara sempurna. Sistem saraf ini yang akan mengendalikan suhu tubuh, sekali gus mempengaruhi pengeluaran peluh.

2. TABIAT TIDUR

Bayi cenderung mengalami tahap tidur paling nyenyak dan cenderung mengeluarkan peluh lebih banyak hingga boleh basah lencun.

Selain itu, waktu tidur lebih lama membuatkan bayi sering mengeluarkan peluh ketika tidur. Kita juga akan menyedari kepala anak kita kerap basah kerana ada beberapa kalenjar peluh di kepala.

BAGAIMANAKAH KENAL PASTI BAHAYA PELUH KEPADA KANAK-KANAK?

Jika kita berada dalam keadaan sejuk tetapi anak kita masih berpeluh walaupun sudah ditukarkan baju nipis. Perkara itu perlu diawasi dan bawa berjumpa doktor dengan segera.

Selain itu, kita juga perlu memantau anak apabila sering berpeluh berlebihan di kepala diikuti keadaan kulit lebih kering daripada biasa.

Peluh yang ada kaitan dengan keadaan kesihatan biasanya akan disertai tanda-tanda lain seperti:

  • Nafas yang cepat
  • Berat badan selalu turun
  • Susah makan

BAHAYA PELUH BERLEBIHAN UNTUK KANAK-KANAK

1. MASALAH JANTUNG

Apabila anak mudah berpeluh walaupun ketika sedang duduk makan, itu tandanya mungkin anak kita mengidap masalah jantung kongenital. Masalah jantung ini disebabkan perkembangan jantung tidak sempurna pada masa kehamilan kerana jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah secara efisien.

2. HIPERHIDROSIS

Jika anak masih berpeluh berlebihan walaupun menggunakan pendingin hawa mungkin anak kita mengalami hiperhidrosis. Hiperhidrosis adalah keadaan ketika badan mengeluarkan peluh berlebihan daripada peluh biasa bagi mempertahankan suhu badan yang normal.

3. SLEEP APNEA

Bayi yang mengalami sleep apnea akan selalu berpeluh dan disertai gejala nafas tiba-tiba berhenti selama 20 saat. Sleep apnea lebih sering mengaruhi bayi pramatang. Jika bayi menderita sleep apnea, kemungkinan gejala lain ialah warna kulit kebiruan dan peluh merembes sepanjang malam.

4. SINDROM KEMATIAN BAYI MENGEJUT (SIDS)

SIDS ialah diagnosis diberikan kepada bayi berusia setahun ke bawah yang meninggal dunia secara mengejut tanpa sebab dikenal pasti. SIDS boleh berlaku apabila badan bayi mengalami panas berlebihan ketika tidur. Keadaan ini membuatkan anak tidur dengan lena dan sukar dikejutkan atau mungkin tidak dapat bangun kembali.

SUMBER: HelloSehat.com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda