LINGKARAN gelap pada bawah mata (mata panda) bukan hanya terjadi pada mata orang dewasa tapi juga bayi dan kanak-kanak.

Beberapa bayi memang memiliki keadaan kulit sekitar mata yang mudah gelap. Tidak dinafikan ramai ibu bapa yang mudah panik bila terjadi pada anak mereka. Sebenarnya, perkara ini ibu bapa tidak perlu risau atau panik.

Pembantu Profesor Kesihatan Anak di Northwestern University, Andrew J Bernstein berkata, Lingkaran gelap pada bayi dan kanak-kanak bukan pertanda gangguan kesihatan yang serius.

“Biasanya ia boleh terjadi jika bagi mengalami keadaan alahan, kurang tidur atau faktor genetik, yang mana ibu bapanya juga memiliki masalah yang sama,” katanya.

BACA>>> Mata Bayi Sentiasa Berair Dan Bertahi, Ini Tanda Salur Air Mata Anak Tersumbat

APAKAH PUNCA LINGKARAN GELAP PADA BAYI DAN KANAK-KANAK?

Punca lingkaran mata hitam yang berlaku pada anak mungkin berbeza dari orang dewasa. Rata-rata kes tidak memerlukan perhatian dan memudaratkan tetapi mungkin boleh menjadi petanda masalah kesihatan lain yang memerlukan pemeriksaan doktor.

  • Faktor genetik (keturunan)
  • Reaksi alergi
  • Hidung tersumbat
  • Keletihan
  • Terdedah kepada sinar matahari yang berlebihan
  • Kekurangan zat besi (anemia)
  • Dehidrasi
  • Pigmen warna alami kulit memang tidak merata
  • Penyakit kulit seperti ekzema
  • Neuroblastoma (sejenis kanker yang terjadi di sel-sel saraf yang belum sepenuhnya berkembang)

BOLEHKAH LINGKARAN GELAP INI HILANG?

Cara menghilangkan lingkaran hitam boleh dilakukan berdasarkan puncanya.

1. Jika disebabkan alahan – Kita perlu elak atau jauhkan anak daripada punca alahan tersebut dan mungkin memberikan ubat bagi mengurangkan gelaja.

2. Jika disebabkan oleh kekurangan zat besi – Disaran untuk anak memakan lebih banyak makanan yang mempunyai tinggi zat besinya.

3. Apabila hidung tersumbat – Keadaan ini boleh membuatkan pembuluh darah di sekitar hidung dan mata membengkak sehingga warna kulit di bawah mata anak kelihatan lebih gelap. Berkumur dengan air garam hangat atau menghirup wap panas untuk melegakan pernapasan.

4. Jika anak mempunyai ekzema pada wajah – Sapukan krim yang diberikan oleh doktor untuk meredakan gatal. Hindari sabun yang mempunyai bahan kimia penyebab kegatalan kulit.

6. Bagi anak yang terdedah pada sinaran matahari yang berlebihan – Ia akan hilang sendiri. Namun, elakkan untuk melakukan aktiviti di luar buat seketika. Jika perlu sapukan sunblock dan pakaikan topi ketika anak ke luar rumah.

Dengan mengamalkan tip di atas akan membantu anak mengurangkan lingkaran gelap tersebut. Bagaimanapun, jika anak mempunyai lingkaran mata yang hitam disebabkan oleh faktor genetik tiada cara untuk mengelakkan lingkaran hitam tersebut.

BACA>>> Kenali 5 Masalah Kulit yang Sering Dialami Bayi Pramatang

JIKA LINGKARAN GELAP PADA MATA SEMAKIN HITAM, BAGAIMANA?

Jika lingkaran mata anak semakin besar dan warnanya juga semakin gelap, lebih elok sekiranya anda segera berjumpa dengan doktor.

Selain itu, anda juga perlu bawa anak berjumpa doktor jika anak tiba-tiba jadi berdengkur ketika tidur, sering bernafas menggunakan mulut, hidung tersumbat dan mempunyai tanda-tanda iritasi luar biasa pada wajah.

SUMBER: HelloSehat | Parenting

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda