SUKA buka tingkap, atau asyik terlupa tutup tingkap rumah pada waktu senja? Jika kerap berlaku, anda wajib baca. Berikut merupakan perkongsian oleh Dr. Taufiq Razif tentang bahaya buka tingkap pada waktu senja, terutamanya pada yang ada anak kecil.

BAHAYA BUKA TINGKAP WAKTU SENJA

Maryam Soolihah pernah menangis dengan memandang siling rumah. Tangisan dia masa tu memang dasyat!

Dengan mata bulat memandang ke atas memang buat saya rasa tak sedap hati. Saya tahu tangisan bayi ni kebanyakannya normal kecuali tangisan yang disertai dengan:

  • demam tinggi
  • jadi taknak menyusu langsung
  • muntah-muntah
  • penafasan laju
  • sawan
  • perut kembung
  • tak berak dan tak kencing
  • cirit birit yang cair ataupun beserta darah

JIN SIBYAN GANGGU ANAK

Kalau yang ini memang sebaiknya kena bawa bayi jumpa doktor tapi si Maryam masih normal. Cuma tangisan dia melampau-lampau dan mata dia selalu pandang ke atas.

Saya jenis tidak percaya bab syaitan, jin dan alam ghaib ni kecuali yang ada dalam Al Quran dan Hadis. Rupanya memang ada sejenis jin pengganggu anak kecil yang disebut dalam Hadis. Namanya Ummu Sibyan.

Hadis Ummu Sibyan tu Hadis daif tapi larangan untuk tidak bagi anak-anak keluar waktu senja. Tutup pintu waktu senja dan tidak digalakkan buka pintu pada waktu senja ini memang ada dalam Hadis Sahih.

TANDA ANAK DIGANGGU JIN

  1. Menangis pada waktu senja
  2. Ada pintu yang terlupa hendak ditutup
  3. Anak normal dan tiada sakit apa-apa
  4. Cuba gerakkan badan dan kepala anak kita masa dia menangis. Kalau dia tetap pandang pada satu tempat, ada kemungkinan kena gangguan.

APA PATUT SAYA BUAT?

  • Kalau sudah jadi,cari pintu atau tingkap yang tidak tertutup dan tutup segera dengan baca Bismillah.
  • Ambil air, baca Ayat Kursi sebanyak 3 kali dan hembus pada air.
  • Sapu air tadi sambil usap pada wajah anak kita. Kalau tidak reda jugak cuba azan dalam rumah.

Jangan pula ingat semua tangisan bayi ini sebab gangguan. Kebanyakannya normal aja. Biasa lah budak-budak membesar tapi ilmu tentang tangisan bayi ini semua mak ayah wajib tahu.

BACA>>>> Doa Penunduk Untuk Anak Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

SUMBERDr. Taufiq Razif

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda