ANAK sulung cemburu ada adik baru itu adalah perkara normal bagi setiap kanak-kanak apabila melihat perhatian dan kasih sayang yang sebelum ini miliknya seorang terpaksa di kongsi bersama.

Disinilah pentingnya peranan ibu bapa dan orang sekeliling untuk memberi semangat dan dorongan, bukan dengan kata-kata atau ayat yang melukakan hati mereka.

Begitulah yang terjadi pada kisah viral ini, apabila seorang kanak-kanak 4 tahun bertindak dengan melompat berulangkali di atas adiknya hingga tidak bernyawa. Menakutkan tidak? Semua dek kerana kata-kata. Kenapa ini berlaku? Kami kongsikan ceritanya di bawah ini…

BACA>>> Ramai Tidak Sedar 5 Sikap Pilih Kasih Ini Boleh Buat Anak Jauh Hati

“Bang, ada budak umur 4 tahun bunuh adik dia. Adik dia baby”

Pada malam itu aku memandu dalam kereta, isteri aku memang duduk belakang kereta bersama dengan anak-anak aku.

Isteri aku dengan tiba-tiba bangkitkan isu ini. Katanya kisah viral. Aku pun dengan tenang mendengarnya.

“Apa kisah lanjutnya sayang?”

Isteri aku cerita, budak 4 tahun ini lompat berulang kali ke atas adiknya yang baby tadi. Sehingga adik dia tidak bernyawa.

Ibunya pula yang perasan kejadian ni tidak sempat nak selamatkan anaknya yang baby tadi.

Apa puncanya budak tu buat macam tu? Nak bermain ke?” Tanya aku.

Isteri aku kata, budak 4 tahun buat begitu kerana ramai berkata dengan dia yang mak dia tidak sayangkan dia lagi kerana ada adik baru.

Budak 4 tahun ini beranggapan jika adik dia sudah tiada maka ibunya akan menyayanginya.

JANGAN SESEKALI UNGKAPKAN AYAT MELUKAKAN HATI KANAK-KANAK

Masa ini aku tersentak, budak sekecil begitu pun sudah mengerti dan begitu mudah rasa kecil hati dan takut tidak disayangi oleh mak ayah.

Ye rakanku,

Biasa kan kita dengar orang luar atau kita sendiri pernah kata pada anak kita ayat sebegini:

Habislah abam/kakak, mama dah ada adik baru. Sudah tidak sayangkan kamu lagi.

Kita ataupun orang sekeliling sering ucapkan kata-kata ni kepada si kecil berulang-ulang kali tanpa memikirkan kesan emosi kepada si kecil ni tadi.

Dengan niat mengucapkan kata ini kepada si kecil hanyalah sekadar “gurauan mengusik”.

Namun, bagi si kecil ianya kata-kata benar dan mudah mempercayai kata orang dewasa serta tidak tahu membezakan apakah itu gurauan.

Secara tidak sedar, bagi yang ungkapkan kata ini sudah melukakan hati dan perasaan si kecil ini.

Secara tidak langsung si kecil boleh bertindak terlalu agresif kepada adiknya yang baby tadi.

BACA>>> Lenturkan Ego Anak Sulung Terhadap Adik, Praktikkan 5 Ayat Keramat Ini!

BERI PUJIAN DAN SEMANGAT LEBIH BAIK

Sepatutnya kita sebagai orang dewasa lebih elok ungkapkan kata pujian kepada si kecil ini seperti “Bestnya ada adik, dah jadi seorang abang/kakak yang hebat“.

Sahih atau tidak kisah ini aku pun tidak pasti.

Namun bagi aku, tidak sepatutnya kita ungkapkan :

“Habislah kamu, mak ayah tidak sayangkan kamu lagi sebab dah ada baby baru”.

Mungkin orang lain ada pendapat sendiri. Namun bagi aku, nak bergurau pun biar bertempat. Perlu fikirkan hati dan perasaan si kecil.

Kalau kau sendiri pun mudah sensitif dengan gurauan, inikan pula si kecil.

Muhammad Khalini
Si kecil pun ada hati dan perasaan.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda