MAK ayah mana tidak sayang anak bukan? Namun, berdasarkan pengalaman dan kisah benar oleh Dr Taufiq Razif, ada 5 tanda anak sudah jadi raja kepada mak ayahnya. Ibu bapa wajib baca artikel ini.

LEBIH BAIK CEGAH DARI MENGUBATI

Banyak sangat yang saya jumpa mak ayah yang dikawal oleh anaknya tanpa dia sendiri sedari. Ini tanda-tandanya bila anak sudah mula naik kepala dan jadi raja pada mak ayahnya :

1. IBU DAN AYAH MULA JADI OVER PROTECTIVE

  • Anaknya tidak boleh disentuh dan tidak mahu anak susah langsung!
  • Sifat melindungi ini bagus sebab itu memang fitrah mak ayah yang Allah sudah bagi tapi kalau melampau sangat itu namanya Helicopter Parenting.
  • Anak yang datang daripada Helicopter Parents ini biasanya akan jadi manja melampau, tidk pandai berdikari dan mudah mengalami masalah cemas (anxiety) bila dah dewasa nanti.

BACA>>>> Ibu Bapa Tolong Jangan Buat 5 Sikap ini kepada Anak! 

2. MAK AYAH TAK PERNAH CAKAP TAK BOLEH PADA ANAK

  • Semua benda mkita terpaksa tunaikan sebab anak meragam tidak berhenti bila permintaan tidak ditunaikan.
  • Padahal sifat meragam ini muncul sebab anak sudah tahu dah bila meragam aja  kita akan kalah dan tunaikan permintaannya.

3. BAGI SAHAJA APA MAKANAN YANG ANAK MINTA

  • Kita sudah tidak boleh bezakan antara makanan dan jajan.
  • Semua makanan yang tidak sihat mula memenuhi peti ais rumah masing-masing kerana kita tidak mampu tolak kemahuan anak.
  • Padahal jajan itu penuh dengan kalori tetapi kosong nutrisi.

4. TIDAK BOLEH DENGAR ANAK MENANGIS

  • Kita jadi gelabah biawak dan gelisah sangat kalau anak menangis
  • Akhirnya terpaksa tunaikan segala kemahuan anak. Padahal tangisan anak itu adalah tangisan manipulatif.
  • Tangisan manipulatif ini bukan tangisan yang betul pun. Tangisan manipulatif adalah tangisan yang dibuat-buat kerana anak tahu tangisan ini berjaya membuatkan kita tunduk dan patuh pada segala kemahuannya!

5. TELEFON KITA SUDAH JADI HAK ANAK

  • Kalau sekali sekala ok lah lagi. Yang bahayanya sampaikan 24 jam smartphone berada di tangan si anak. Ini dinamakan naik lemak.
  • Akhirnya anak menjadi ketagih dan mula tidak dapat kawal emosi bila berjauhan dengan smartphone kita.

SIAPA YANG SALAH?

Agaknya siapa yang bersalah jika anak sudah berani jadi raja pada kita? Ingat, anak itu ibarat kain putih yang suci putih bersih. Bagaimana didikan kita, apa corak dan warna yang kita mahu lukis pada anak, itu adalah pilihan kita.

Tidak salah manjakan anak, tapi manja biarlah bertempat. Jangan sampai kita sudah hilang hak untuk marah atau mendidik anak. Anak dilahirkan untuk patuh pada kita, bukan kita yang patuh pada mereka.

BACA>>>> 10 Tip Atasi Rengekan Anak, Tidak Semua Kemahuan Perlu Dipenuhi!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda