SAYA baca confession ini di IIUM Confessions – BM. Tt sendiri belum ada pengalaman dengan pengasuh tapi penuh dengan paranoid tidak sudah. Bagi saya, selagi kita bersangka tidak elok dengan sesiapa, selagi itu urusan kita tidak akan dipermudahkan.

Maka saya share semula berkaitan pendapat saya tentang pengasuh sebab sebagai seorang ibu yang bekerja, saya juga menghantar anak saya untuk diasuh, bezanya disini adalah yang mengasuh anak saya merupakan kakak ipar saya sendiri.

Bertahun sudah saya menggunakan khidmat kakak ipar saya sebagai pengasuh dan saya rasa saya tidak mampu memberikan jagaan serta asuhan sebaik dirinya. Tahun depan siap pakej hantar dan ambil anak saya disekolah kerana jadual syif saya yang tidak menentu.

Saya tahu, ada yang tidak bernasib baik seperti saya yang mendapat pengasuh dikalangan ahli keluarga sendiri, tetapi ada juga saya lihat rakan-rakan saya yang bernasib baik seperti saya kerana dikurniakan seorang pengasuh yang bertanggungjawab.

Ya, ia merupakan rezeki masing-masing. Jika amanah yang dipikul itu diambil sambil lewa sahaja dan lebih mementingkan bayaran. Maka berlakulah perkara-perkara seperti didalam akhbar.

Cuma, nak salahkan pengasuh sahaja pun tidak boleh. Kerana bukan saya tidak jumpa karenah ibu bapa yang menghantar anaknya kepada pengasuh seperti menghantar anak kepada orang gaji. Memang kalian bayar bulan-bulan tetapi janganlah mengambil kesempatan terhadap pengasuh kalian.

BACA>>> Cara Pilih Pengasuh Terbaik untuk Anak

-GAMBAR HIASAN-

Pesan saya kepada mereka yang hantar anak kepada pengasuh:

1. PAKAIAN

Sediakan pakaian anak secukupnya. Standbylah lebih sikit baju anak-anak, pampers anak-anak. Janganlah buruk sangka bahawa pampers anak itu diberikan kepada anak orang lain yang turut diasuh. Jangan kedekut sangat.

2. AMBIL ANAK

Kalau boleh, masa balik kerja itu. Ambillah anak on time. Janganlah nak balik tidur dulu. Kemudian tidak beritahu pula yang akan ambil anak lambat. Tertunggu-tunggu pengasuh itu. Mereka pun ada kerja lain juga nak buat.

3. CUTI

Kalau hari anda cuti, cutikanlah juga pengasuh. Hari-hari anda hantar, kemudian hari cuti anda hantar sebab anda nak rehat. Pengasuh itu tidak payah rehat ke? Elok pula ada yang siap pergi berkelah dengan anak-anak yang sudah besar dan tinggalkan dibayi dengan pengasuh. Padahal, anak-anak itu sudah boleh diharap untuk tengok-tengokkan anak anda.

4. BAYARAN

Bayar upah pengasuh seelok-elok ikut perjanjianlah. Kalau ada masalah kewangan tiba-tiba muncul, inform mereka. Bukannya buat diam, pengasuh pula tebal muka nak minta bayaran upah. Delay sampai 10 dari. Kemudian bagi alasan terguna. Janganlah sampai tidak ada belas begitu.

5. MAKAN MINUM ANAK

Bab makan minum pula. Memanglah anak kita kecil, banyak mana makanan rumah pengasuh akan luak. Tetapi kan elok berbahasa, ada duit lebih, tolong belikan lauk basah ke, sayur ke. Kita berbahasa, pengasuh pun senang hati. Ini tidak, dia tidak hulur makan, anak dihantar waktu tengah hari pun tidak diberi makan dari pagi lagi, disuruh pula menumpang kat makanan anak orang lain yang diasuh sama. Beragaklah.

6. BEKAL 

Kadang-kadang, ada ibu bapa suka bekalkan anak-anak dengan makanan atau minuman seperti biskut,vitagen,coki coki. Kalau boleh, sediakanlah lebih sikit. Hulurkan juga kepada anak pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh. Tidak rugi pun kita bersedekah sekali sekala kan.

7. Ada ibu bapa juga akan memberikan ‘bekal’ extra kepada pengasuh iaitu pampers anak yang penuh dengan najis. Kalau anak baru berak. Ok lagi. Tapi kalau najis dah kering kat punggung. Pemalas betullah!

BACA>>> 7 Tip Bagaimana Jaga Hubungan Baik dengan Pengasuh

8. JANGAN NAK JATUH HUKUM

Asal anak balik nampak luka sikit. Kita tuduh dia dera. Kita tuduh dia suka-suka pukul anak kita. Hakikatnya, lasak budak-budak baru nak pandai bertatih, berjalan, merangkak tu kita tak tahu bagaimana kan. Kalau kita pun terkadang tidak dapat sabar dengan anak yang kita kandung sendiri. Bagaimana dengan mereka? Cuma, saya rasa kita pun tidak mampu jadi seperti pengasuh yang sanggup menjaga anak orang luar seperti anak sendiri untuk beberapa jam.

9. BONUS

Janganlah terhad sangat bagi upah kat pengasuh takat jumlah yang sedia ada. Kalau kita dapat overtime ke, ada claim extra ke, bonus raya ke, tidak salah kalau kita hulur-hulur sikit kat mereka tanda terima kasih. Ini tidak, anak dah besar sikit, ada yang suka-suka turun upah tanpa berbincang. Macam ni pun ada. Berkiranya!

10. UNDANG-UNDANG

Janganlah rigid sangat dengan ‘itu tak boleh’, ‘ini tak boleh’ kat pengasuh. Lebih-lebih lagi pengasuh yang dah berpengalaman dari kita yang baru ada anak satu ni. Memang ada ibu bapa hipster dengan #ibumuda #youngcouple ni yang cerewet sebagai contoh bab makan anak perlu bagi puri lah, minum susu mesti EBM (tapi bagi yang beku kejung dalam bekas. Anak melalak nak minum, pengasuh terkejar-kejar nak bagi susu cair).

Kita ni, ada orang yang sudi jaga anak kita pun kita patut bersyukur. Janganlah kita ambil kesempatan pula. Sebab apa, sebab kesabaran seseorang tu ada limitnya. Elok-elok dia boleh tahan sabar, kita naik lemak, anak-anak kita pula jadi mangsa.

Notakaki:
Dia manusia, kita manusia. Maka bertolak ansur dan memahami. Kita tahu senang atau tidak jaga anak sendiri.

#BelNawhen
Kalau takde pengasuh. Macam manalah agaknya ya.
#SayaJururawat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda