BAYI muak atau jeluak bukanlah masalah serius yang patut dirisaukan. Kadangkala selepas sendawa pun, muak boleh keluar. Itu hanya sementara dan akan pulih sendiri apabila bayi semakin membesar.

KENAPA MUAK BERLAKU?

Ia disebabkan otot esofagus yang sepatutnya berfungsi sebagai pintu untuk menghalang kandungan isi perut daripada naik ke atas semula. Esofagus bayi belum matang untuk berfungsi sepenuhnya.

BILAKAH BAYI AKAN BERHENTI MUAK?

Masalah muak akan hilang dalam usia satu tahun tanpa memberi kesan besar terhadap kesihatan bayi. Kebiasaannya pada usia 6-7 bulan, masalah muak yang dialami sebelum ini akan bertambah baik kerana esofagus bayi semakin matang.

Bagaimanapun, sekiranya muak bayi teruk hingga menyebabkan muntah dan berat badan tidak meningkat, maka cepatlah berjumpa doktor.

CARA BETUL KENDALIKAN MUAK

Upright Position
  1. Semasa menyusu, tinggikan sedikit kepala bayi (upright position). Ibu juga perlu tahu posisi menyusu anak dengan betul. Klik pautan >>> 5 Posisi Menyusu Anak Dengan Betul.
  2. Sekiranya bayi kerap muak selepas sesi menyusu, posisikan bayi pada kedudukan 45° dalam tempoh setengah jaam.
  3. Jangan letakkan bayi berbaring secara mendatar. Graviti akan menarik ke bawah.
  4. Sendawakan bayi selepas menyusu.
  5. Banyak bersabar. Selepas usia 6-7 bulan, masalah muak akan beransur hilang secara semula jadi.
  6. Sekiranya masalah berlarutan, bayi muak terlalu banyak dan berat badan tidak naik, segera jumpa doktor.
  7. Lebih baik jika beri susu sedikit demi sedikit tetapi dilakukan dengan kerap. Bayi yang minum susu secara langsung daripada ibu jarang mengalami masalah muak tetapi kerap berlaku kepada bayi yang menyusu botol.
  8. Elak beri anak minum susu dalam jumlah terlalu banyak. Jumlah susu yang dimasukkan ke dalam botol perlu kurang daripada kebiasaan tapi boleh diberikan secara kerap.
  9. Pastikan lampin tidak terlalu ketat hingga beri tekanan ke atas perut bayi.

CADANGAN PENYUSUAN BAYI 

INFO TAMBAHAN

Muak juga boleh disebabkan gejala berikut:

  • Sucking swallowing incoordination‘ iaitu situasi aturan penghisapan susu dan pernafasan tidak seragam menyebabkan bayi batuk dan tersedak susu.
  • Sumbatan, sempitan atau halangan pada struktur saluran pemakanan dan usus.
  • Alahan susu.

SUMBER: Similac | Pbcexpo

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda