WAKTU berpantang adalah masa untuk ibu berehat selepas bersalin dan mengeratkan hubungan bersama anak. Namun, tanpa sedar ada sikap ibu menyusu ini yang mendorong stres.

Dek kerana terpengaruh dengan kata-kata dan mitos tanpa usul periksa membuatkan mereka menganggap bayi tidak mendapat susu yang cukup.

Kalau boleh, elak lakukan 9 perkata ini ya ibu-ibu! Berikut adalah perkongsian Puan Nor Azura tentang penyusuan ibu semasa berpantang.

BACA>>> 12 Tip Banyakkan Pengeluaran Susu Badan Ibu

Penyusuan Susu Ibu: Ibu berpantang jangan cipta situasi yang buat awak sendiri stres.

1. PICIT-PICIT SUSU, TENGOK SUSU KELUAR TIDAK MENCURAH-CURAH, STRES KATA SUSU SIKIT.

Normallah, baby pun dilahirkan dengan perut sebesar CERI sahaja, picit-picit itu bukan cara yang betul nak lihat susu sebab picit pada nipple saja.

2. TENGOK IBU LAIN PAM DAPAT BEROZ-OZ, GIGIH MENGEPAM JUGA NAK TENGOK DAPAT BERAPA, DAPAT 1OZ TERUS KATA SIKIT, STRES LAGI.

1oz sangat banyak bagi ibu berpantang, jangan sesekali compare dengan ibu bekerja. Ibu bekerja itu tidak ada baby di sisi dia. So, dia pam pun untuk demand anak dia esok. Ada baby di sebelah, so DF je.

3. DISEBABKAN NO 2 ADA YANG TERUS BUAT PAM BERJADUAL. LEPAS ITU BAGI BABY MELALUI BOTOL. STRES KATA BABY TIDAK CUKUP SUSU. PAM HABIS, PAM HABIS. BAGI 2OZ – 5OZ TERUS HABIS. STRES KATA SUSU DROP, ADA YANG MENGADU BADAN PENAT TAPI PAM JUGA.

Baby itu bagi berapa pun dia sedut sebab dia pun masih belajar lagi, jadi kitalah bantu dia untuk belajar.

Baby ini nak menyusu macam DF, jadi dia akan minum sikit, stop, minum sikit stop tapi mulut masih lagi di nipple. Bila bagi botol, dia kenalah sedut saja susu sebab sedut susu pun keluar kan. Bukan tidak cukup tapi pemberian botol tidak mimik DF serta, sangat berisiko untuk bayi KELIRU PUTING (nipple confused).

4. MENGEMPENG LAMA-LAMA, STRES KATA ANAK TIDAK CUKUP SUSU SEBAB ITU MENGEMPENG LAMA.

Bukan tidak cukup tapi itulah cara anak nak bagi signal pada badan ibu berapa demand dia perlukan. Kadang sampai muntah pun kan? Itu lebihan susu yang dia tidak boleh terima dah, overfeed, perbuatan menghisap itu juga buat dia tenang.

5. BABY JARANG BERAK, STRES KATA BABY TIDAK DAPAT SUSU

Normal baby BF jarang berak, asal tidak kembung dan kentut okeylah.

6. BABY LELAKI STRES SEBAB DENGAR ORANG KATA KUAT MINUM SUSU

Mitos saja tu,hakikatnya baby perempuan pun ramai saja yang kuat menyusu sampai berjam-jam.

BACA>>> 8 Persoalan Paling Merisaukan Ibu yang Menyusukan Anak

7. PAM NAK TAHU WARNA SUSU, TIDAK DAPAT KUNING PEKAT MELIKAT PUN STRES

Susu ibu ini ada macam-macam warna, putih, kuning, biru, hijau, coklat, pink. Kita bukan keluaran kilang yang sama, semua pun nak sama warna kan, asal anak dapat balance foremilk dan hindmilk okeylah.

8. ORANG URUT KATA BADAN JENIS TIDAK ADA SUSU, PEGANG-PEGANG DAN SCAN TERUS KATA IBU TIDAK ADA SUSU, STRES!

Yang pergi percaya buat apa? Mana ada orang pegang, scan terus boleh tahu ibu tidak ada susu. Padahal sebelum ini elok saja baby berak kencing sebelum mengurutkan? Nak tahu baby dapat susu ke tidak, check pampers baby.

9. ANAK NANGIS PUN STRES, SALAHKAN SUSU TIDAK CUKUP

Normallah anak itu menangis, baby kan. Apa kita expect baby lahir terus bercakap? Atau tidur memanjang? Itulah cara dia nak berkomunikasi dengan ibu.

Ibu, saya sejuk atau panas
Ibu, saya tidak selesa
Ibu, saya gatal-gatal
Ibu, pampers saya dah penuh
Ibu, saya lapar
Ibu, saya nak dekat dengan ibu
Ibu, peluklah saya
Ibu, saya saja nak nangis.

Banyak sebab anak menangis, bukan susu semata-mata tapi kalau sudah anak menangis tidak henti-henti berjam-jam, bawalah check ya.

Ingat ibu berpantang, JANGAN ANDA SENDIRI CIPTA STRESS yang tidak perlu dalam pantang ni. Sepatutnya dalam pantang ialah waktu anda berehat. Waktu tubuh dan badan anda untuk berehat, bonding dengan baby. Ciptalah suasana yang harmoni waktu berpantang untuk kesejahteraan ibu dan anak juga untuk jangka masa panjangnya..

SUMBER: Nor Azura

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda