JIKA dahulu kita ada banyak masa untuk melayan diri sendiri, ‘hang out’ dan merayap dengan kawan-kawan ke mana-mana saja, dan bila-bila masa. Tetapi selepas sudah bersuami dan ada anak, lain pula rutin hidup kita.

Tipulah kalau cakap kita tidak rindukan zaman hidup solo dulu. Bukannya hidup berkeluarga tidak seronok, tetapi memang ada beberapa perkara yang kita rasa teringin sangat hendak buat balik.

1. PERGI BERCUTI DENGAN KAWAN-KAWAN

Memang teringin sangat hendak ulang kembali sejarah! Hehehe. Pergi melancong dengan kawan-kawan masa bujang dulu tidak pernah kisah kalau bercuti ala-ala ‘backpacker’. Asalkan dapat jejak kaki di negara orang. Pergi bercuti sampai dua minggu pun tiada masalah.

Sekarang komitmen sudah ada. Bukan senang mahu dapatkan masa bercuti dengan kawan-kawan dan tinggalkan anak di rumah. Lain pula kalau anak-anak sudah besar nanti. Kawan-kawan pun masing-masing sudah ada komitmen dan urusan sendiri.

2. LEPAK 

Kalau lapar tengah malam, boleh saja keluar pergi kedai mamak dan melepak dengan kawan sampai jam 1 pagi. Hari minggu pula pergi tengok wayang dan window shopping gitu. Lepas sudah puas merayap, balik boleh terus tidur tanpa ada gangguan.

3. BANGUN LEWAT

Ini paling dirindui. Masa bujang, boleh bangun tidur tengah hari. Sekarang, tidur pun lewat, bangun pula mesti awal untuk uruskan anak dan suami. Tidur malam pun asyik terjaga sebab anak minta susu.

4. BERGAYA DAN BERSOLEK

Memang dahulu, ‘in trend’ sangat. Sentiasa ikut peredaran fesyen dan ada banyak masa bersolek. Sekarang kalau pakai tudung lilit, cuma sejam saja dapat bertahan sebelum habis herot berot sebab anak tarik. Hehehe…Sabar je la ye!

5. MANDI LAMA-LAMA

Ini pun buat kita rindu. Hendak berkurung lama-lama dalam bilik air sambil gosok badan, buat treatment rambut dan melalak lagu kegemaran. Sekarang, kalau masuk bilik air pun si anak sudah ketuk-ketuk pintu. Kadang-kadang hendak buang air pun tidak senang dan tenang macam dulu. Semua benda kena buat dengan super cepat dan pantas.

6. BERGAYUT LAMA-LAMA

Kalau hendak bergayut, terpaksa tunggu anak tidur. Cakap telefon pun kejap-kejap sebab kena kejar dek anak nak susu, dan macam-macam hal lagi.

7. MAKAN TANPA GANGGUAN

Dulu masa bujang makan pun sempat berangan jadi Puteri Gunung Ledang. Lepas makan, boleh layan kesedapan pencuci mulut dengan penuh kenikmatan. Sekarang makan pun, main telan-telan sebab tidak sempat mengunyah. Jangan harap nak feel lebih! Hehehe…

8. MASA BERDUA DENGAN SUAMI

Teringin sangat hendak ber-dating atau berbulan madu berdua-duaan dengan suami. Bukan senang hendak dapatkan peluang berdua, tambahan pula anak masih kecil.


Apabila dikenangkan zaman bujang, itulah perkara yang dirindukan sangat. Tetapi, apabila sudah bergelar isteri dan ibu, hidup memang banyak berubah. Cara berseronok pun sudah lain. Inilah pengorbanan yang terpaksa ditempuhi demi memenuhi tanggungjawab sebagai ibu hebat dan isteri yang solehah.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda