MENERIMA cahaya mata memang anugerah terindah dalam hidup kita ibu bapa, tetapi selepas kelahiran, kita perlu peka terhadap beberapa masalah bayi, antaranya masalah kelamin dalam kalangan bayi lelaki dan perempuan.

Ibu bapa perlu ambil tahu sebaik anak dilahirkan, tidaklah nanti jadi cemas tidak menentu apabila mengetahui tentang masalah kelamin yang dia sedang hadapi. Mari tambah ilmu demi anak kita. Ayuh!

BAYI LELAKI

1. BUAH ZAKAR TIDAK TURUN

Ada bayi dilahirkan dengan satu atau kedua-dua buah zakar tidak bergerak atau turun di tempat sepatutnya. Situasi ini dikenali cryptorchidism.

Ini boleh dikesan sebaik saja bayi dilahirkan menerusi pemeriksaan fizikal. Ada juga kes lain, bayi dilahirkan dengan keadaan buah zakar dalam kedudukan normal, tetapi kembali ke dalam obdomen semula (dalam tempoh 10 tahun pertama).

TINDAKAN:

Dalam banyak kes, tiada rawatan diperlukan kerana buah zakar akan bergerak secara semula jadi ke dalam skrotum (pundi kemaluan lelaki) dalam enam bulan pertama selepas dilahirkan.

Pembedahan diperlukan untuk membetulkan masalah ini ketika 6 bulan hingga 2 tahun, untuk mengelak sebarang masalah kesuburan yang akan berlaku apabila dewasa. Terapi hormon juga boleh dilakukan dalam kes-kes tertentu.

2. HYPOSPADIAS

Keadaan zakar ini biasanya menjadi masalah tiga bahagian:

  • Pembukaan uretra tidak berada di tempat betul.
  • Zakar mungkin bengkok atau melengkung.
  • Kadang-kadang sebahagian kulup zakar hilang.

Doktor biasanya mengenal pasti hypospadias tidak lama selepas kelahiran, walaupun kadang-kadang bayi hanya boleh didiagnosis beberapa tahun kemudian. Punca tidak diketahui dan bukan disebabkan faktor warisan, tetapi lebih kerap berlaku sekiranya ada sejarah keluarga.

TINDAKAN:

Dalam kes ringan, di mana zakar agak lurus apabila tegak dan tiada masalah air kencing, tiada rawatan diperlukan. Bagaimanapun, dalam kes lebih teruk, pembedahan mungkin diperlukan untuk memindahkan pembukaan uretra, meluruskan zakar, dan menjadikan kulup zakar kelihatan lebih. Biasanya, pembedahan dibuat sebelum usia bayi dua tahun.

3. HERNIA INGUINAL

Hernia inguinal ialah benjolan sekitar pangkal paha yang menonjolkan tisu usus atau lemak. Keadaan ini sering menimpa bayi lelaki berbanding perempuan.

TINDAKAN? 

Doktor mungkin memutuskan membiarkan hernia berkurangan dengan sendiri atau mungkin menggunakan tekanan untuk menolak benjolan ke tempat asal. Dalam beberapa kes, herniotomi (pembedahan pembedahan) diperlukan.

4. HYDROCELE

Pembentukan cecair sekitar satu atau kedua-dua buah zakar, dikenali Hydrocele. Apabila ini berlaku, biasanya kantung yang mengelilingi zakar tidak ditutup betul sebelum atau selepas lahir.

Sekiranya hydocele terjadi, skrotum (pundi kemaluan lelaki) kelihatan bengkak atau merah dan mungkin menyakitkan. Kadang-kadang keadaan ini dikaitkan dengan hernia inguinal. Lelaki dewasa juga berpotensi mengalami masalah ini akibat kecederaan atau jangkitan.

TINDAKAN:

Kebiasaannya, hydrocele akan hilang sendiri dalam tahun pertama selepas dilahirkan. Hanya apabila tidak hilang barulah pembedahan dibuat.

5. BALANITIS 

Balanitis merujuk kepada jangkitan atau keradangan hujung zakar. Gejala termasuk kemerahan, bengkak, bau yang tidak biasa dan kesakitan.

Keadaan ini boleh berlaku akibat ruam lampin walaupun bayi dikhatankan atau tidak. Kadangkala disebabkan terlalu banyak atau terlalu sedikit mencuci kawasan kelamin. Boleh juga disebablan ubat-ubatan tertentu.

TINDAKAN:

Rendam zakar dalam air suam dan sapukan krim anti kulat atau anti keradangan (seperti dinasihatkan pakar penjagaan kesihatan). Masalah ini akan hilang dalam tempoh seminggu. Jika masalah berterusan, berkhatan (jika belum) mungkin disyorkan.


BAYI PEREMPUAN

6. FUSION LABIAL

Kadangkala labia (bibir yang menutupi vagina) tersekat dengan membran nipis. Luar biasa untuk bayi dilahirkan dalam keadaan ini dan mungkin berlaku dalam tempoh satu hingga dua tahun pertama. Doktor tidak 100 peratus pasti puncanya, tetapi boleh berkembang akibat jangkitan awal.

TINDAKAN:

Tiada rawatan diperlukan kerana keadaan itu akan pulih sendiri sebelum anak mencapai usia matang atau baligh. Rawatan pembedahan tidak disyorkan kerana boleh menggalakkan lekatan berlaku semula, dan mungkin lebih menyakitkan.

7. HYMENAL SKIN TAGS

Selaput dara bayi perempuan baru lahir boleh membengkak disebabkan estrogen dirembeskan ibu. Kadangkala, kepingan kecil tisu merah jambu halus boleh timbul. Tanda-tanda vagina (hymenal) ini berlaku kira-kira 10 peratus daripada kanak-kanak perempuan baru lahir dan dianggap normal dan tidak berbahaya.

TINDAKAN:

Keadaan akan pulih secara semula jadi dalam tempoh 2-4 minggu. Kadangkala mungkin lebih lama. Tiada rawatan diperlukan.


BERLAKU KE ATAS BAYI LELAKI DAN PEREMPUAN 

8. BENGKAK KELAMIN SELEPAS LAHIR 

Perkara ini biasa terjadi pada alat kelamin lelaki dan perempuan baru lahir. Kelamin akan jadi bengkak dan merah selepas dilahirkan yang disebabkan kombinasi beberapa perkara seperti proses kelahiran panjang atau trauma, dan peningkatan hormon lebih tinggi daripada ibu.

Bayi baru lahir juga membawa banyak cecair tambahan, yang menyebabkan mereka kelihatan bengkak di kawasan tertentu seperti sekitar alat kelamin dan wajah. Bayi perempuan juga boleh menjalani pendarahan vagina selama beberapa hari.

TINDAKAN:

Tiada apa-apa yang perlu dilakukan tentang bengkak ini kerana dianggap normal pada bayi baru lahir.

9. JANGKITAN SALURAN KENCING (UTI)

Jangkitan pada saluran kencing sangat biasa pada bayi dan anak yang memakai lampin. Dalam banyak kes, bakteria daripada perut atau najis masuk ke dalam saluran kencing dan menyebabkan jangkitan. UTI boleh jadi sangat menyakitkan ketika kencing dan sering diiringi demam.

TINDAKAN:

UTI didiagnosis dengan menguji sampel air kencing dan dirawat menggunakan antibiotik. Jika anak mengalami UTI berulang, ujian ultrabunyi buah pinggang atau pundi kencing akan dilakukan.

SUMBER: KidSpot.com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda