SELEPAS memiliki anak tidak dinafikan ramai pasangan suami isteri mengalami masalah untuk melakukan hubungan seks kerana terlalu sibuk mengurus anak, keluarga dan pekerjaan.

Tetapi pernahkan anda mendengar tentang tip seks yang mana pasangan suami isteri digalakkan untuk melakukan hubungan kelamin pada waktu pagi berbanding pada waktu malam.

Tertanya-tanya kenapa pada waktu pagi? Berikut adalah 9 sebab kenapa hubungan seks lebih baik untuk anda!

BACA>>> 6 Posisi Seks yang Selamat dan Selesa Dicuba Ibu Hamil

1. SUAMI LEBIH GHAIRAH PADA WAKTU PAGI 

Seorang Pakar Terapi, Dr Arlene Goldman berkata, “kebanyakan suami biasanya paling ghairah pada waktu pagi. Ketika ini, hormon testosterone mereka berada di tahap paling tinggi. 

Lagipun, pasangan suami isteri waktu pagi kerana anda sudah dapat cukup rehat selepas tidur. Kalau anda tidak selesa dengan bau mulut selepas bangun tidur, gosoklah gigi dulu sebelum beraksi!

2. SUAMI LEBIH BERKEYAKINAN

Seorang Pakar Seksologi, Martha Lee berkata. “ereksi pada waktu pagi mengurangkan rasa cemas pada suami. Jadi, dia lebih berkeyakinan.”

3. MULAKAN HARI DENGAN PENUH KASIH SAYANG

Pasangan suami isteri akan lebih rapat dan dekat. Lebih-lebih lagi kerana jika berasmara di waktu pagi, anda akan memulakan hari dengan lebih baik.

Seks mengeluarkan hormon oksitoksin yang buat semua benda rasa atau nampak lebih positif. Ia akan membuatkan anda rasa lebih gembira dan puas sepanjang hari.

4. BAKAR LEMAK

Nak diet tapi malas nak bersenam? Jawapannya senang saja: Laku seks pada waktu pagi. Sebuah kajian mendapati aktiviti seks membakar hampir 4.2 kalori setiap minit untuk para lelaki dan 3.1 kalori setiap minit buat wanita.

5. LEBIH BERTENAGA SEPANJANG HARI

Hubungan intim di pagi hari tidak akan buat anda keletihan, sebaliknya lebih bertenaga sepanjang hari.

6. BADAN LEBIH SIHAT

Seks pada waktu pagi membakar kalori seolah-olah kita bersenam. Kajian juga mendapati hubungan seksual di pagi hari menguatkan lagi sistem imun, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan sakit sendi.

7. KULIT SIHAT DAN AWET MUDA

Pernah dengar orang kata kulit akan jadi lebih bercahaya glowing jika anda kerap berasmara? Benda itu bukan mitos, ya! Hubungan intim menggalakkan pengeluaran hormon estrogen yang baik untuk kulit muka. Ia juga rahsia awet muda!

8. JAUH DARI PENYAKIT

Seorang Pengkaji dari Amerika Syarikat, Debby Herbenick telah menjalankan kajian tentang kaitan antara seks dan daya tahan badan. Hasil kajian menunjukkan pasangan suami isteri yang melakukan hubungan seks pada waktu pagi memiliki sistem imun badan yang lebih kuat. Malah mereka juga lebih bersemangat di pagi hari!

BACA>>> 6 Sikap Ini Mampu Bantu Anda Nikmati Kepuasan Seks dengan Pasangan

9. KURANG TEKANAN

Sebuah penelitian yang dilakukan oleh Proceedings of the National Academy of Sciencepula mendedahkan hubungan seks di pagi hari mampu mengurangkan tekanan kerana ia menghambat respon kecemasan di otak yang memicu stres untuk tidak berfungsi. Maka, hati pun lebih tenang dan lebih bahagia.

SUMBER: TheAsianParent

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda