IBU hamil disaran untuk mengambil banyak buah delima sepanjang tempoh kehamilan kerana mengandungi pelbagai khasiat yang memberikan manfaat kepada ibu dan janin dalam kandungan.

Tahukah anda, dengan pengambilan buah delima banyak membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan ibu hamil?

Berikut adalah manfaat dan khasiat pengambilan buah delima kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

BACA>>> Rasa Letih Semasa Hamil? Cuba 8 Makanan Ini Supaya Kekal Hidrat dan Bertenaga

1. KANDUNGAN VITAMIN C YANG TINGGI

Vitamin C sememangnya elok diambil oleh ibu hamil kerana dapat memulihkan tisu-tisu badan, mencegah risiko kanser dan mengawal kolesterol. Ibu hamil mendapat kebaikan vitamin C dengan menyerap zat besi dan nutrisi lain dengan lebih berkesan untuk perkembangan bayi dalam kandungan.

2. PEMANIS SEMULAJADI

Buah delima yang manis dan berjus ini mengandungi kandungan gula semulajadi yang lebih sihat dan baik untuk ibu hamil. Buah ini mengandungi gula semulajadi seperti glukos, maltos dan frustos.

3. KAYA ASID FOLIK

Asid Folik sangat baik kepada ibu hamil dan memberi perkembangan yang sempurna kepada bayi dalam kandungan. Asid folik baik untuk mengurangkan risiko komplikasi kecacatan tiub saraf pada tulang belakang bayi. Secawan jus delima merangkumi 1 per 4 jumlah asid folik yang diperlukan oleh ibu hamil.

4. MENGURANGKAN RISIKO PRA-EKLAMPSIA

Buah delima juga mengandungi zat fitokimia yang mana ada kajian menunjukkan zat ini sangat baik untuk jantung serta mampu mengawal paras darah tinggi pada seseorang. Apabila ibu hamil makan buah delima khususnya pada usia kandungan 20 minggu ka atas, baik untuk mencegah risiko pra-eklampsia.

5. KURANGKAN KEJANG DAN LENGUH BADAN

Ibu hamil memang sering mengalami masalah kekejangan dan lenguh-lenguh badan. Hal ini kerana buah delima kaya dengan elemen kalium, yang juga ada pada pisang. Mereka yang mengambil buah delima ketka hamil dapat membantu mengurangkan kejang dan lenguh badan.

6. MENGUATKAN TULANG 

Selain Vitamin C, buah delima juga diperkaya dengan Vitamin K. Vitamin K dapat membantu menguatkan tulang si ibu dan pembentukan tulang yang sempurna pada perkembangan bayi.  Bukan sahaja menguatkan tulang, vitamin K juga berperanan untuk mempercepat proses pemulihan darah dan tisu pada badan.

BACA>>> Kenapa Pra-Eklampsia Bahaya untuk Wanita Hamil?

7. PEMBEKAL ANTIOKSIDA 

Delima mengandungi lebih banyak antioksida berbanding kranberi atau teh hijau. Kandungan antioksida tinggi dapat memulihkan radikal bebas yang memberi mudarat pada plasenta. Antioksida khusus pada delima iaitu polifenol dapat membantu melindungi otak bayi daripada kekurangan oksigen sewaktu saat melahirkan. Selain itu, kandungan antioksida juga dapat menguatkan sistem imunisasi pada badan ibu hamil.

8. MENGATASI MASALAH SEMBELIT

Ibu hamil sering mengalami masalah penghadaman dan sembelit. Pengambilan delima dapat membantu mengatasi masalah tersebut. Berdasarkan sumber, setengah cawan delima mengandungi 5 gram serat.

9. KAYA ZAT BESI

Selain serat, ibu mengandung juga perlu nutrien zat besi untuk penghasilan sel darah merah yang banyak. Sel darah merah amat penting untuk perkembangan bayi sihat dan bagi mengelakkan komplikasi seperti anemia dan bayi lahir tidak cukup bulan.

SUMBER: Zuriat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda