ANAK yang pernah makan ubat (yang kebetulan pahit rasanya) memang tidak akan suka lagi ubat. Memang boleh buat stres. Kalau mahu diberikan secara paksaan, kasihan pula tengok dia meronta-ronta.

Mari kita cuba beberapa cara alternatif ini, mana tahu anak akan suka minum ubat.

1. TAMBAH MADU

Masukan ubat ke dalam picagari mengikuti sukatan yang betul, kemudian masukan pula madu antara 2 hingga 3ml mengikut saiz picagari itu. Cara ini bagi membolehkan mereka merasa manis madu terlebih dahulu sebelum menelan ubat.

2. CAMPUR DALAM MAKANAN CAIR

Ubat berbentuk sirap boleh dicampurkan ke dalam makanan yang cair. Contohnya: Aiskrim, jus epal, yogurt atau kentang lenyek.

3. BERI KETULAN AIS

Berikan anak kita ketulan ais sebaik menelan ubat atau sebelum minum ubat kerana ia boleh mengebaskan lidah dan mengurangkan deria rasa.

4. BERLAKON MAKAN UBAT

Bagi memberi motivasi agar mereka minum ubat, apa kata kita lakon dahulu. Terangkan ubat itu rasanya macam mana dan kita minum untuk sihat.

5. BERI UBAT YANG HANGAT

Kadang-kadang ada ubat yang tidak sedap diminum dalam keadaan sejuk. Keluarkan ubat dari peti sejuk lebih awal. Biarkan ubat berada di dalam suhu bilik kemudian berikan kepada anak.

6. TAMBAH COKLAT

Sama seperti menambah madu ke dalam picagari tetapi ini kita calitkan sedikit rasa coklat dihadapan sudu supaya anak kita tidak merasa ubat yang diberikan. Coklat mempunyai rasa yang kuat, jadi anak kita tidak sempat merasa ubat masuk ke dalam mulut mereka.

7. BAGI KETIKA TENGAH LEKA

Ketika anak kita tengah leka menonton rancangan kegemaran mereka, ini adalah masa yang tepat. Mereka akan buka mulut dan menerima apa sahaja yang kita beri. Selepas anak kita minum ubat itu, beri meraka minum air.

8. UBAT KUNYAH

Jika kita mempunyai pilihan ubat lain, berikan anak kita ubat kunyah kerana rasanya lebih sedap.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda