SUAMI ISTERI memang sibuk menguruskan hal rumah tangga dan kerja hingga tiada masa memikirkan perihal atas ranjang. Kadangkala, dek terlalu letih, kita tiada perasaan untuk bersama dengan pasangan.

Jangan abaikan masa bermesra dengan pasangan walaupun kita sudah punya anak. Ada anak bukan alasan untuk tidak meluangkan masa melakukan hubungan kelamin. Hubungan intim yang baik ialah kunci kebahagian rumah tangga.

Mungkin tip kali ini dapat menyegarkan kembali mood seks anda sebagai suami atau isteri.

1. JANGAN BATASKAN SEKS DALAM BILIK TIDUR SAHAJA

Sekiranya anak kecil sedang tidur dalam bilik. Kita boleh lakukan di bilik lain atau ruang tamu, ruang pejabat atau bilik mandi. Dengan cara ini, anak yang tidur dalam bilik tidak terjaga. Ini pasti menyeronokkan kerana dapat mencuba sesuatu yang baru.

2. SENTUHAN IMBAU SEMULA SEKS

Apabila sedar kita tiada masa untuk melakukan hubungan intim, kemesraan sangat penting. Walaupun dalam masa singkat, kita boleh saja lakukan aksi ciuman atau mengusap-usap badan untuk menyemarakkan keghairahan masing-masing.

3. MANFAAT WAKTU TIDUR SIANG ANAK

Jika sebelum ini masa anak tidur digunakan untuk melakukan kerja-kerja rumah atau berehat. Ambilah masa ini terutama hujung minggu bagi bermesra dengan pasangan. Ini kerana waktu malam biasanya kita akan rasa lebih letih.

4. BERBUAL TENTANG HAL GHAIRAH

Apabila ada masa dengan pasangan, ambillah masa berbual tentang hari istimewa kita sebelum ada anak. Mungkin juga boleh bercerita apa saja perkara yang mengimbau perasaan atau mood untuk melakukan hubungan intim.

5. CARI PENGASUH DAN KELUAR RUMAH

Kadangkala ambil masa untuk dating dengan pasangan seperti menonton wayang bersama dan pelbagai aktiviti lain yang pernah dilakukan sebelum ada anak. Pasti kita akan mengimbau detik bahagia sebagai pasangan bukan saja sebagai ibu bapa. Balik rumah nanti, pasti mood untuk bersama akan muncul.

6. JANGAN TUNGGU MASA PRIVASI

Ketika perasaan untuk bersama pasangan timbul, jangan tunggu masa privasi. Jika anak kecil tidur, tidak salah lakukan ketika ini kerana mereka tidak akan sedar apa yang kita lakukan.

7. PANAS DAN MENGGODA

Pasangan yang sibuk bekerja pada waktu pagi dan kepenatan pulang dari kerja memang tiada mood mahu bersama. Jika mahu melakukan hubungan seks seperti sebelum mempunyai anak, apa kata rangsang pasangan dengan ayat menggoda menerusi WhatsApp atau mungkin apa yang kita mahu lakukan kepada pasangan apabila balik kerja nanti.

8. TERUS TERANG JIKA TIDAK CAPAI KLIMAKS

Kadangkala ada individu enggan mengecewakan pasangan apabila tidak puas bersama kerana tidak mahu memaksa, dan faham masing-masing penat bekerja. Jangan malu berterus-terang kepada pasangan. Perkara ini penting dan jangan ambil mudah, kepuasan pasangan akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

SUMBER: BabyCenter.com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda