TIBA Ramadan, menahan diri daripada lapar dan dahaga ialah antara ujian paling mencabar sepanjang berpuasa. Tetiba sahaja nafsu makan muncul membuak-buak sampai berkeriut bunyi perut.

Artikel kali ini akan berkongsi tentang jenis makanan yang boleh membuatkan kita menahan lapar lebih lama, terutama kepada mereka yang cepat rasa lapar dan pedih perut.

1. TELUR REBUS

Didihkan air bersama garam dan baking soda dalam periuk. Kemudian masukkan telur selama 96 saat. Padamkan api dan tutup periuk selama 8 minit.

Bakar telur tersebut dalam ketuhar pada 325-350 darjah selama 30 minit. Gunakan talam muffin supaya telur tidak bergoyang. Selepas siap, kupas kulit telur dan makan ketika sahur nanti!

2. JEM BUAH

Buat jem buah-buahan lembut dan tiada biji. Buah dapat berikan kita nutrisi sepanjang hari. Caranya, sapukan jem atas roti.

Kalau mahu lebih perisa, taburkan sedikit gula atas roti. Antara buah yang sesuai digunakan ialah pisang, beri, kurma, avokado dan lain-lain.

3. BERAS PERANG

Selain baik mengurangkan kolestrol, beras perang juga kaya mineral dan magnesium. Bulan puasa ini eloklah kita mengamalkan makan beras perang berbanding beras putih.

Jika anda jenis wajib makan nasi ketika sahur, apa kata cuba makan beras perang. Beras perang ialah sumber karbohidrat kompleks yang membekalkan sumber tenaga secara lebih perlahan. Ini boleh membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.

4. OAT

Menu sahur mudah! Simpan oat semalaman dalam peti sejuk. Caranya, campurkan oat bersama kacang, kismis dan kurma dalam satu bekas. Kemudian, tuangkan susu segar hingga menutupi lapisan oat dan simpan dalam peti ais.

Oat bagus untuk membuatkan kita rasa kenyang dalam jangka masa lebih lama berbanding nasi.

5. PANASKAN LAUK

Bagi yang biasa panaskan lauk berbuka sebagai menu bersahur, anda patut cuba cara ini! Selepas siap masak juadah berbuka, simpan makanan untuk sahur lebih awal.

Ketika panaskan lauk, tambah sedikit sayur-sayuran supaya makanan lebih fresh. Ingat, kurangkan makan menu berminyak ketika sahur.

6. ELAK TERLALU BANYAK GARAM

Garam ialah penyerap dan penyimpan air. Elakkan makanan yang tinggi kandungan garam. Misalnya kicap, biskut, masakan berminyak dan lain-lain kerana ia cuma buatkan kita haus.

Jika minum air manis, pastikan dikurangkan daripada air kosong. Misalnya, segelas air manis, 2 gelas air kosong.

7. JANGAN TIDUR LEPAS SUBUH

Elakkan tidur selepas Subuh. Ini kerana makanan yang diambil akan diproses menjadi tenaga dan ia akan dibazirkan ketika kita tidur.

Jadi sebelum bersiap-siap ke pejabat, bolehlah kita gunakan masa itu untuk beramal ibadat. Pastikan tidur sekurang-kurangnya 6 jam sehari, supaya bertenaga sepanjang hari.

8. LEWATKAN WAKTU SAHUR DAN KUNYAH PERLAHAN

Jangan mengunyah makanan terlalu cepat. Ia akan buat kadar gula dalam darah terganggu, dan hanya buatkan kita lapar selepas beberapa jam bersahur.

Tubuh akan bekerja lebih keras untuk menyerap nutrisi makanan pada saat kita makan terlalu cepat. Akibatnya, proses penyerapan nutrisi kurang sempurna hingga kita rasa cepat penat.

SUMBER: Says

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda