PRODUK penjagaan kulit bayi tidak seperti produk orang dewasa. Ini kerana kulit bayi sangat sensitif dan ibu bapa mesti peka tentang produk yang mahu dibeli.

Cara memilih produk bayi tidak susah. Kita hanya perlu baca kandungan, bahan dan ramuan dalam produk yang mahu dibeli itu. Apa perlu diketahui ialah produk tersebut mestilah kurang menggunakan bahan kimia yang boleh menyebabkan masalah ruam, kegatalan dan alergik ke atas bayi, terutama si kecil yang ada masalah kulit seperti ekzema.

Ingat, produk murah bukanlah bermaksud tidak elok, manakala produk mahal bukan bermakna paling terbaik untuk anak. Pilihlah mengikut label dan kandungan setiap produk.

Berikut tip yang boleh diikuti sebelum membeli produk penjagaan bayi:

1. BACA LABEL

Pastikan produk penjagaan kulit dan pembersih kulit bayi hanya mengandungi bahan formulasi ringan dan mampu menjaga pH kulit, termasuk tidak memedihkan mata.

2. KANDUNGAN LEMBUT DI KULIT

Jika anak tiada masalah kulit, boleh pilih produk mandian yang ada wangian lembut. Sekiranya ada ekzema, seeloknya jangan beli mandian dengan wangian kerana boleh menyebabkan kegatalan.

3. PRODUK BEBAS ALKOHOL

Baca label setiap produk. Elak produk yang ada alkohol kerana boleh menyebabkan kegatalan kulit dan ruam. Pilih produk bebas alkohol.

Nota: Nama lain alkohol yang terdapat pada label ialah ethanol, ethyl alcohol, dan cetearyl alcohol.

4. KADAR PH 5.5

Pilih produk pembersih bayi dengan penjelasan pH yang ideal untuk bayi. Ini dapat membantu kesihatan lapisan kulit bayi.

5. HINDARI PRODUK MENGANDUNGI ANTIBAKTERIA ATAU ANTIMIKROBA

Disarankan tidak menggunakan produk dengan label antibakteria atau antimikroba.
Bahan antibakteria tidak digunakan pada produk penjagaan kulit yang diformulasikan untuk bayi kerana berisiko menyebabkan iritasi dan kulit kering.

6. BAHAN KIMIA BAHAYA

Pilih produk yang bebas phthalate, paraben dan formaldehida. Kesemua bahan-bahan kimia tersebut diketahui berbahaya kepada bayi.

7. BEBAS ALKALI

Kandungan alkali memang banyak digunakan untuk produk sabun. Alkali yang digunakan dalam pembuatan sabun ialah NaOH (sodium hydroxide) dan KOH (potassium hydroxide). Menurut penelitian, sabun yang mengandung alkali akan mengubah kesimbangan pH kulit pada bayi dan meningkatkan risiko iritasi.

8. BEBAS SODIUM kARBONAT

Sodium hidroksida atau sodium karbonat bersifat korosif atau mengakis terhadap semua jaringan tubuh, yang boleh menyebabkan kerosakan serius ke atas mata dan sistem pernafasan.

Menelan zat berbahaya ini juga berisiko menyebabkan masalah serius kepada bayi hingga menyebabkan kematian. Kulit yang terpapar zat ini berisiko mengalami ekzema dan rambut gugur.

BAGAIMANA CARA MENGUJI KESESUAIAN PRODUK BAYI

Jika semua tip ditepati dan masih ragu-ragu, pastikan kita terlebih dahulu menguji produk baharu itu yang akan digunakan anak. Ini bertujuan menghindari risiko reaksi alergi.

Caranya, sapu sedikit produk ke bahagian pergelangan tangan atau lengan anak kita. Perhatikan jika selepas 24 jam penggunaan timbul kemerahan atau iritasi, itu bermakna produk tidak sesuai dengan dia.

Selain iritasi atau kemerahan. Ada juga bayi atau kanak-kanak yang mengalami ruam, kulit kering dan pecah selepas penggunaan produk tertentu. Apa kata bertukar dengan produk lain. Kita juga boleh berjumpa doktor keluarga masing-masing untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda