Female belly with pregnancy stretch marks closeup

MIMPI ngeri buat wanita bersalin apabila kulit yang dahulu licin dan halus mulus, tetapi kini muncul segala macam garis dan balar di beberapa bahagian badan. Bagaimanakah merawat kesan selulit? Apakah patut saya buat?

Ada banyak cara merawat selulit kaedah moden paling banyak dibuat. Cuma perlu pilih jenama dan sediakan wang secukupnya. Namun, risiko yang perlu dihadapi adalah kemungkinan produk itu tidak berkesan dan duit lebur begitu saja. Lebih parah, ada pula kesan sampingan lain.

Tetapi tahukah anda ada cara rawatan alami atau semula jadi yang boleh dibuat untuk merawat masalah selulit ini. Berikut 8 cara semula jadi yang boleh diamalkan. Pastinya bahan digunakan berunsur semula jadi dan boleh dibuat di rumah. Paling penting, jimat belanja!

1. JUS LEMON

Asid semula jadi yang terkandung dalam jus lemon dapat mengurangkan kesan selulit, termasuk parut jerawat. Caranya:

  • Perah satu biji lemon dan sapukan jus lemon pada bahagian perlu.
  • Urut perlahan mengikut arah lawan jam selama 10 minit.
  • Kemudian biarkan kering dan bilas dengan air suam.

2. LIDAH BUAYA

Lidah buaya ialah rawatan homeopati paling berkesan untuk merawat selulit dan pelbagai masalah kulit lain. Caranya:

  • Sapukan terus daun lidah buaya pada tempat bermasalah.
  • Biarkan 5 minit dan bilas dengan air suam. Lakukan setiap hari untuk kesan terbaik.

3. MINYAK LAVENDER, BADAM DAN CHAMOMILE

Minyak kaya vitamin ini pun boleh dijadikan rawatan menghilanglan kesan selulit. Caranya:

  • Campurkan separuh sudu teh minyak lavendar, campurkan dua sudu teh minyak badam dan separuh sudu teh minyak chamomile.
  • Gaulkan dan sapukan pada bahagian bermasalah.

4. MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun elok diamalkan sepanjang proses kehamilan sebagai langkah mencegah selulit. Ia mengandungi vitamin E yang boleh mengembalikan tisu kulit dan melembutkan kulit. Caranya:

  • Sapukan minyak zaitun setiap hari selepas mandi.
  • Amalkan sejak dari awal kehamilan.

5. PUTIH TELUR

Protein dalam putih telur dapat membantu menyegarkan kulit. Caranya:

  • Sapukan putih telur pada bahagian dikehendaki – 3 kali sehari.
  • Biarkan kering sebelum dicuci dengan air suam.

6. MENTEGA KOKO 

Mentega koko atau shea dapat memberikan lembapan diperlukan. Ibu disarankan menyapu setiap hari sepanjang tempoh kehamilan. Caranya:

  • Beli losyen shea butter di farmasi dan sapu 3 kali sehari pada bahagian perut dan punggung.
  • Ia juga bertindak sebagai agen anti-penuaan dan anti-kedutan.

7. AIR 

Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Air yang cukup membantu mengelakkan masalah kulit kering seterusnya menjadi punca regangan.

8. GULA

Pelik? Ya, gula sebenarnya barang paling mudah untuk kita dapat dan bantu mencantikkan kulit. Caranya:

  • Campurkan gula (satu sudu) dengan jus lemon.
  • Gaulkan kemudian sapu rata pada tempat bermasalah.
  • Urut secara perlahan dalam 8-10 minit.
  • Biar hingga kering dan bilas dengan air suam.
  • Amalkan dalam tempoh sebulan atau hingga kesan selulit pudar.

Selain cara semula jadi, ibu juga boleh mengamalkan guna produk untuk cegah dan kurangkan selulit dengan 20 Produk Pilihan Hilangkan Selulit. Selamat mencuba! 😀

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda