KETIKA hamil, selera makan memang bertambah, apatah lagi kita tetiba mengidam macam-macam makanan. Jadi, haruslah bertambah berat badan. Pun begitu, ada juga ibu hamil yang tiada selera makan sampai berat badan menyusut.

Kedua-dua situasi ini tidak baik kepada kesihatan ibu dan janin. Jadi, bagaimanakah cara mengekalkan berat badan ideal sepanjang tempoh kehamilan?

1. TAHU NUTRISI YANG TEPAT 

Langkah pertama ialah mengamalkan gizi mengikut keperluan trimester kehamilan supaya tidak berlaku peningkatan berat badan berlebihan. Pengambilan gizi yang betul ialah baik untuk perkembangan janin bagi pertumbuhan organ.

Tip: Sediakan jadual menu makanan dan minuman setiap hari yang baik untuk ibu dan janin.

2. ELAK AMBIL KARBOHIDRAT BERLEBIHAN

Karbohidrat mengandungi banyak gula yang akan meningkatkan kadar gula dalam darah, yang kemudian akan membuatkan proses pembakaran kalori jadi lemah. Jadi, ibu hamil disarankan memilih makanan pengganti karbohidrat yang lebih sihat.

3. SENAMAN IBU HAMIL

Salah satu cara mengekalkan berat ketika hamil ialah bersenam atau melakukan olahraga seperti berjalan, berenang, yoga dan senaman ringan lain.

Baca: 4 Senaman Terbaik untuk Ibu Hamil Hadapi Detik Bersalin

Apa yang penting senaman itu tidak memudaratkan kesihatan ibu dan janin.

Baca: Berhenti Bersenam Ketika Hamil Jika Muncul 6 Tanda Ini

4. ELAK AMBIL LEMAK TIDAK SIHAT

Jangan mengambil makanan yang mengandungi lemak tidak sihat seperti makanan digoreng, daging lembu merah yang mengandung lemak, kulit ayam dan minyak sawit. Gantikan semua makanan itu dengan makanan yang mengandungi Omega 3, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang sihat.

5. MAKAN SEDIKIT TETAPI KERAP

Makan sedikit tetapi kerap juga baik elak rasa mual. Cara ini juga memudahkan usus memproses makanan untuk mengelakkan ibu hamil mengalami masalah sembelit.

6. MAKAN BUAH SEBAGAI MAKANAN RINGAN

Ketika hamil, amalkan makan buah-buahan sebagai pengganti kepada makanan ringan yang tidak berkhasiat.

7. MAKAN SAYUR

Sayuran kaya dengan nutrisi seperti vitamin dan mineral, yang baik untuk ibu hamil. Dua sumber nutrisi ini mencegah ibu hamil daripada mudah sakit dan sembelit.

8. MINUM BANYAK AIR

Air sangat penting sepanjang kehamilan kerana ibu hamil memerlukan cecair untuk memproses metabolisme, yang akan melindungi tubuh daripada dehidrasi, manakala janin menerima darah dan nutrisi lebih baik.

SUMBER: Hamil.co.id

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda