MAHU buat majlis hari jadi anak dengan bajet kecil? Jangan peningkan kepala semata-mata mahu ikut trend sampaikan poket jadi pokai dek sambutan hari lahir anak yang dibuat besar-besaran mengalahkan anak selebriti dan menteri!

Sebenarnya, kita masih boleh saja menyambut hari jadi anak dengan meriah tanpa mengeluarkan modal besar pun. Tip asasnya, cuba minimumkan perbelanjaan tidak perlu dan pada masa sama gunakan apa yang ada.

Mahu lebih lengkap,kenalah baca dan cuba 8 tip buat parti hari jadi anak cara jimat ini:

1. LOKASI

Perkara pertama perlu difikirkan ialah lokasi. Cari tempat percuma yang tidak perlu menyewa dewan, atau berbelanja di restoran mahal. Mungkin boleh pilih mengadakan parti di rumah, padang taman perumahan atau di tadika.

2. TEMA

Tanya anak, apakah watak kartun kegemarannya? Apa pula yang dia mahu? Apapun jawapan diberikan, pastikan permintaan itu masih dalam bajet. Pertimbangkan kemahuan anak pada hari istimewa itu.

3. KEK

Lagi boleh berjimat, apa kata buat sendiri kek untuk anak. Jika rasa kurang yakin mahu buat sendiri, minta tolong rakan atau saudara mara terdekat yang pandai buat kek. Kalau mahu mengikut tema, beli patung kesukaan anak dan hiaskan atas kek! Fahamkan, cara mudah ini sudah cukup menyeronokkan anak.

4. JUMLAH TETAMU

Anggarkan jumlah tetamu mengikut lokasi dan bajet. Jika rumah kecil, jemputlah orang penting sahaja untuk datang. Paling penting, jangan lupa jemput sepupu dan kawan anak.

Lain pula kalau memilih menyambut hari jadi di tadika kerana kita sedia maklum dengan jumlah rakan dan guru. Sediakan makanan mengikut jumlah tetamu, jangan lebih dan jangan kurang.

5. MENU

Senaraikan menu yang akan dihidangkan sepanjang majlis nanti. Sebaiknya, sediakan menu utama, sampingan, pemanis mulut dan minuman. Mahu jimat kos lagi, masak sendiri di rumah dengan dibantu saudara atau jiran.

Menu Cadangan:

  • Bihun goreng/mi goreng/nasi goreng.
  • Ayam goreng, nuget, kentang goreng, kacang, sandwic telur (sampingan).
  • Gula-gula, coklat, agar-agar, kuih lapis (pemanis mulut).
  • Sirap, oren, anggur (minuman).

6. HIASAN

Pasti lebih meriah kalau ada deko dan hiasan mengikut tema. Mungkin kita boleh sediakan satu meja khas untuk aneka manisan (candy buffet). ‘Candy buffet’, boleh disiapkan menggunakan balang kuih raya yang siap ada di rumah. Bentangkan alas meja dan hiaskan dengan reben dan bunga.

Gantung belon untuk menyerlahkan seri majlis dan jangan sesekali biarkan belon berterabur atas lantai! Sebab nanti ada pula yang terkejut dan menangis kalau belon tiba-tiba meletup.

7. HIBURAN

Hari jadi anak pasti lebih meriah dengan kehadiran badut. Kalau bajet besar bolehlah upahkan badut pro. Tetapi akalu mahu berjimat, boleh saja minta tolong saudara, jiran atau bapanya sendiri jadi ‘badut terjun’. 😛 Tidak perlu pun cari baju badut, cukup sekadar mekapkan muka gaya badut.

8. AKTIVITI

Bagi memeriahkan lagi suasana, buatlah aktiviti mudah seperti permainan kerusi muzik dan kotak beracun. Bukan saja menghiburkan, tapi tetamu lain juga akan seronok.

Selamat mencuba!

SUMBER: MamaPapa

2 KOMEN

  1. Assalamualaikum w.b.t
    Tumpang lalu ye tuan/puan.

    Kami dari Glowing Party House(GPH) menjual pelbagai barangan parti secara retail dan borong. Selain itu, kami juga membuat tempahan dekorasi belon sempena majlis harijadi dan majlis-majlis tertentu. GPH ada menjual barangan seperti:

    – Belon Helium
    – Sand Art
    – Party Items
    – Inflatable
    – Clown Service

    GPH merupakan syarikat yang dikendalikan 100% oleh bumiputera.

    Jika tuan/puan berminat untuk membuat sebarang tempahan untuk dekorasi belon atau ingin membeli barangan parti yang berpatutan, sila hubungi GPH atau walk in.

    GLOWING PARTY HOUSE

    Bangi Sentral Outlet
    6-33-01 Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral.
    Behind Zawara and same row with Felinna Boutique.
    ☎ 0389122915
    ⏰ Daily from 10am-8pm.

    Reko Sentral Outlet
    17G Jalan Reko Sentral 1, Reko Sentral Kajang.
    Same row with Econsave Jalan Reko.
    ☎ 0387414445
    ⏰ Daily from 10am-8pm.

    The Main Place Mall Outlet
    2F-30, Level 2, The Main Place Mall USJ21 Subang.
    ☎ 0380207681
    ⏰ Daily from 10am-10pm.

    Wholesale Warehouse Glowtex
    38 & 38A, Jln 1/8, Seksyen 1, Bdr Teknologi Kajang.
    ☎ 0387256165

    atau layari https://www.facebook.com/GlowingPartyHouse/

    #GlowingParty™
    #Glowtex™

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda