TANGGUNGJAWAB ibu tidak berkerja atau suri rumah yang perlu menguruskan anak sepenuhnya bukan tugas mudah. Rutin harian sama yang perlu dilalui setiap hari boleh menimbulkan rasa bosan dan kesunyian.

Ini kerana kehidupan banyak dihabiskan di rumah bersama anak. Suami pula sibuk dengan kerja mencari nafkah keluarga. Jadi, tidak hairan jika ibu suri rumah ada perasaan itu dan  ia sesuatu yang normal.

Namun, jika kita bijak menggunakan masa dengan betul, kita mungkin tidak mengalami perasaan kesunyian itu.

1. CARI HOBI

Cari sesuatu perkara yang menyeronokkan untuk diri sendiri ketika bersama anak di rumah. Mungkin ada anak yang mula bersekolah. Ketiadaan mereka di rumah sudah pasti akan membuatkan kita lebih sunyi. Jadi, carilah hobi seperti menjahit atau berkebun di halaman rumah.

2. KERJA SAMBILAN

Carilah kerja sambilan yang kita minat bagi mengisi masa lapang. Mungkin kita boleh mulakan dengan menjadi dropship atau ejen barang kanak-kanak atau produk kecantikan.  Janji boleh isi masa lapang sambil jana pendapatan.

3. BAWA BERJALAN

Asyik terperuk di rumah memang akan membuatkan diri rasa bosan. Apatah lagi kepada mereka yang baru saja berhenti kerja untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Apa kata, bawa anak keluar berjalan-jalan sekejap. Kalau rasa payah hendak ke pusat beli-belah, bawa ke taman permainan setiap petang pun sudah cukup. Asalkan keluar dari rumah.

4. TERUS BERHUBUNG DENGAN KAWAN

Jangan kerana kita sudah berhenti kerja kita terus kehilangan kawan. Berhubunglah terus dengan rakan kita. Jika mereka sibuk, cukuplah setakat berbual sebentar menerusi WhatApps atau buat panggilan video untuk bertanya khabar.

5. ATUR PERJUMPAAN ATAU CUTI

Sekali-sekala atur percutian atau perjumpaan bersama rakan rapat untuk meluangkan masa bersama. Tidak perlu lama, jumpa sebentar sambil berbual dan lepak kedai makan pun sudah pasti menyeronokkan.

6. AKTIF DALAM KUMPULAN MAK-MAK

Di Facebook banyak group yang boleh kita sertai bagi menambah ilmu dan bertukar pandangan. Jangan malu untuk aktif dalam group itu, jadi peramah dan buat kawan secara online.

7. VIDEO CALL

Apabila rasa sunyi datang, tidak salah kalau kita buat panggilan video dengan sahabat atau rakan terdekat. Mungkin juga boleh hubungi emak di kampung, lagi seronok. Tetapi janganlah sampai mengganggu kerja mereka.

8. JADI SUKARELAWAN

Mungkin kita boleh sertai mana-mana persatuan sukarelawan yang aktif dalam pelbagai aktiviti amal. Sambil-sambil beramal, boleh tambah kenalan dan kawan.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda