SIBUK bekerja bukan penghalang semua selebriti ini meluangkan masa dengan keluarga tercinta! Walaupun berdepan pelbagai dugaan dan kecaman netizen, selebriti pilihan ini sentiasa hebat dengan sokongan keluarga.

Jom kita tengok selebriti yang digelar ‘family man’ di Malaysia:

1. DATUK ALIFF SYUKRI

Siapa yang tidak kenal dengan pengasas kosmetik terkenal, abang kosmetik ‘Terlajak Laris’! Alif selalu memuat naik gambar dan video bersama isteri dan anak-anak tersayang.

Nampaknya dia sangat bahagia bersama keluarga dan selalu melayan kerenah anak-anak dan isteri. Lihat saja kapsyen yang diletakkannya pada setiap gambar bersama keluarga.

bukan senang nak keluar dating2 sama2 dgn gilsprends saya ni @shahidadherbs

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

 


2. SHUIB SEPAHTU

Pelawak terkenal yang juga suami kepada penyanyi Siti Sarah memang dikenali ramai sebagai lelaki romantik dan penyayang.

#pershuibofhappyness #UwaisAlqarni #DzakiraTalitaZahra @sitisarahraissuddin

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Shuib memang sayang betul kepada isterinya. Setiap kali isteri melahirkan anak, mesti ada saja hadiah yang diberikannya. Hadiah terbesar, beliau hadiahkan isteri sebuah rumah tanda penghargaan selepas melahirkan anak.


3. AARON AZIZ

Dia kini mempunyai tiga orang anak dan sentiasa mendahulukan keluarga walaupun sibuk dengan kerja. “Saya hanya berpegang kepada tiga prinsip iaitu pegang kepada cinta, jika tiada cinta, kita pegang kepada kasih dan jika sudah tiada kasih, kita perlu jaga amanah yang dipertanggungjawabkan,” ujar Aaron (dipetik dari Mstar).


4. TOMOK

Dengan 2 orang anak dan jadual kerja padat, Tomok masih berpeluang meluangkan masa dengan anak-anak dan isteri. Untung betul Arrian dan Andra Shah Iman kan?

ayah,arrian,andra ❤️?❤️

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

birthday adik arrian pulak yg sibuk..oklah selamat malam dari kami sekeluarga ☺️

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on


5. JOHAN 

Riuh rendah apabila Johan melayan 4 orang anak dan isterinya. Johan memang seorang bapa dan suami yang baik kerana sering membantu isteri di rumah untuk jaga anak dan mengemas rumah. Tahniah Johan!


6. FAZLEY YAAKOB

Selebriti chef terkenal Malaysia ini memang seorang papa penyayangkan? Selain rajin melayan anak-anak, dia juga rajin memasak makanan sedap untuk keluarganya. Memang suami idaman setiap wanitakan?


7. AWAL ASHAARI

Awal memang rajin mengasuh anak. Apa saja aktiviti atau percutian, mesti Awal akan bawa Lara dan isterinya, Scha Al-Yahya bersama. Ternyata Awal ialah papa penyayang!

 

Come on wake up baby it’s time for school.

A post shared by Awal Ashaari ™ (@awalashaari) on

Selamat Pengantin Baru! eh silap, Selamat Hari Raya. ?

A post shared by Awal Ashaari ™ (@awalashaari) on


8. LAN SOLO

Walaupun ada netizen mengutuk Lan apabila anak keempat yang bermulut sumbing, dia tetap bersemangat dan tidak melayan mulut-mulut puaka yang negatif! Malah Lan kerap memuat naik gambar dan video anak kesayangannya itu di laman sosial. Tahniah Lan!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda