MENYEDIAKAN sendiri makanan untuk bayi adalah cara mudah memberikan anak kita makanan yang sihat dan seimbng. Apapun, sebelum mula menyuapkan makanan, pastikan si kecil sudah bersedia menerima makanan selain susu.

Terimalah artikel istimewa untuk semua kaum ibu – resepi mudah, cepat dan ringkas disediakan untuk anak kecil kita. Semua resepi khas untuk bayi berusia antara 4-12 bulan. 🙂

RESEPI UNTUK BAYI BERUSIA 4-6 BULAN

1. PURI KELEDEK

Bahan-Bahan:
– 1/2 cawan keledek.
– 1 cawan air.

Cara Memasak:
– Masukkan keledek dalam pengukus dan kukus 15 minit atau hingga lembut.
– Kemudian, lenyekkan atau kisarkan hingga halus. Selepas siap, sejukkan dan beri si manja hidangan yang sihat dan sedap!

2. PURI LOBAK MERAH ATAU PURI SAYUR

Bahan-Bahan:
– 1/2 cawan lobak merah (atau sayur lain ikut pilihan). Boleh guna brokoli, bayam, bunga kubis dan lain-lain
– Air secukupnya untuk merebus

Cara Memasak:
– Masukkan lobak merah ke dalam pengukus dan letakkan atas air mendidih dan kukus 15 minit atau hingga lembut.
– Kemudian kisarkan dengan sedikit air atau sup ayam hingga halus.

3. PURI EPAL

Bahan-Bahan:
– 5-10 epal saiz besar
– Air secukupnya untuk merebus

Cara Memasak:
– Buang kulit dan hiris epal. Kemudian rebus hingga lembut dan boleh dikisar.
– Selepas direbus hingga lembut, kisarkan hingga jadi puri.
– Masukkan puri yang siap dikisar ke dalam bekas ais untuk dibekukan.
– Tip hidangan, cairkan puri epal beku dengan rendam bekas ais tadi dalam air suam.

4. BIJIRIN BERAS PERANG

Bahan-Bahan:
– 1/2 cawan beras perang
– 1/2 cawan air panas

Cara Memasak:
– Kisar beras perang hingga hancur (45-60 saat).
– Simpan atau bekukan beras perang yang dikisar dalam peti sejuk.
– Tip hidangan, sediakan setengah cawan air panas, kemudian campurkan 2 sudu beras perang yang sudah dikisar. Gaul hingga sebati.
– Biarkan hingga 4-5 minit supaya adunan jadi pekat. Siap sedia untuk dimakan!

RESEPI UNTUK BAYI BERUSIA 7-8 BULAN

1. PURI EPAL DAN OAT

Bahan-Bahan:
– 1 1/2 sudu oat segera
– 1 1/2 setengah biji epal
– 1/4 atau suku sudu serbuk kayu manis (boleh abaikan jika tidak mahu guna herba).
– Air yang mencukupi

Cara Memasak:
– Masuk epal yang dicincang, oat dan air ke dalam kuali dan masak hingga lembut (3-4 minit).
– Selepas siap, tuang semua bahan yang dimasak ke dalam pengisar dan kisar hingga lembut dan sebati.
– Selepas sejuk, hidangkan kepada si manja!

2. BUBUR NASI DAN LOBAK MERAH

Bahan-Bahan:
– 1/4 cawan beras
– Air untuk merebus
– Lobak merah (jika tidak mahu lobak merah, boleh gantikan kentang atau brokoli)

Cara Memasak:
– Masukkan beras ke dalam air mendidih dan kacau hingga masak dan jadi bubur.
– Rebus atau kukus lobak merah. Selepas lembut, lenyekkan atau kisarkan.
– Lobak merah yang dikisar dicampurkan ke dalam bubur yang sudah siap dimasak.

RESEPI UNTUK BAYI BERUSIA 9-12 BULAN

1. BUBUR AYAM DAN SAYUR

Bahan-Bahan:
– 1 cawan beras
– Seulas halia
– Air yang mencukupi
– Isi ayam (dikisar)
– 2 batang lobak merah
– 1 biji kentang
– Sayur bayam
– Air rebusan ayam/daging

Cara Memasak:
– Masak beras hingga separuh hancur, kemudian masukkan halia (jangan hiris kerana halia akan diasingkan).
– Apabila bubur hampir masak, masukkan air rebusan ayam.
– Apabila bubur sudah mendidih, masukkan lobak merah dan kentang.
– Akhir sekali masukkan bayam dan terus tutupkan api.
– Tuang bubur ke dalam pengisar dan kisar hingga lembut. Siap untuk dihidangkan!
– Lebihan bubur boleh letakkan ke dalam bekas atau plastik khas untuk bekukan.

2. SUP STOK AYAM DAN IKAN BILIS

Bahan-Bahan:
– Tulang ayam (bahagian dada)
– 1 1/2 cawan ikan bilis
– 4 cawan air

Cara Memasak:
– Bersihkan ayam dan juga ikan bilis (pastikan betul-betul bersih).
– Didihkan 4 cawan air dan masukkan tulang ayam serta ikan bilis.
– Ketika sup mendidih, buangkan buih atau kotoran yang timbul atas permukaan sup.
– Reneh hingga sup tinggal separuh daripada jumlah asal.
– Selepas masak, tapis dan sejukkan stok.
– Siap untuk dihidangkan! Kebiasaannya sup ini dicampur sekali dengan bubur nasi untuk kebih perisa. Memang nyam nyam!


Sungguh mudah, berkhasiat dan menjimatkan masa! Semua resepi makanan bayi di atas boleh dibekukan. Kita cuma perlu panaskan semula jika mahu berikan kepada bayi kesayangan. Selamat mencuba!

SUMBER: BuzzFeed

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda