SEMUA ibu mesti mahu yang terbaik buat si kecil! Tidak kira aspek pemakanan, tempat tidur, pakaian, lampin dan paling penting, menyusukan bayi.

Memilih pam payudara dengan betul memang penting untuk ibu. Sebelum membeli, sebaiknya kita mengetahui kriteria pam susu terbaik mengikut bajet dan ciri yang dimahukan.

Kepada mereka yang ada bajet kecil untuk pam payudara, kami senaraikan 8 jenis pam terbaik pada harga kira-kira RM50.


1. PUREEN BASIC BREAST PUMP WITH FEEDING BOTTLE (RM23.90)

Pam payudara ini jenis manual. Ia datang dengan pam penyedut dan mudah untuk digunakan. Cara menggunakannya ialah memicit pam silikon dan susu akan disedut ke dalam botol dikhaskan. Mudah untuk digunakan, murah dan sesuai buat ibu yang suka pam susu secara manual.


2. MOMO HOUSE ELECTRIC DOUBLE BREAST PUMP (RM51.90)

Rekabentuk silikon ini direka khas supaya tidak mudah menggelongsor ketika dipegang. Pam payudara ini menyedut perlahan dan lembut serta ringan, termasuk mudah digunakan. Cara guna, boleh sambungkan kepada soket USB ataupun power bank.


3. SOKANO ADVANCE ELECTRIC BREAST PUMP (RM38.90)

Pam payudara ini ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Diperbuat daripada ‘polipropilena’ dan silikon, iaitu bahan khas untuk digunakan untuk botol susu. Pam ini juga mudah digunakan kerana ada butang penyelaras tahap sedutan.

Anda tidak perlu risau tentang posisi ketika mengepam susu kerana pam susui ini dapat berfungsi dalam apa jua posisi dan kedudukan.


4. FARLIN MANUAL BREAST PUMP (RM45)

Mudah digunakan dan datang sekali dengan botol susu. Hanya perlu memicit pam berwarna merah jambu untuk mengepam susu dan susu akan mengalir terus ke botol disediakan.

Pam payudara ini ada pelindung silikon yang dapat membantu mengurut payudara dengan lembut bagi merangsang pengeluaran susu tanpa menyebabkan rasa tidak selesa ketika mengepam.


5. 150ML SILICONE MANUAL HAND-TYPE BPA FREE BREAST BABY PUMP (RM37.88)

Dibuat daripada bahan silikon medikal dan bebas BPA. Anda boleh mengepam terus susu ke dalam botol 150ml yang disediakan. Pam ini sesuai untuk ibu yang memiliki payudara besar.


6. ULTRA MILK ELECTRIC PUMP (RM49.90)

Penggunaan polipropelena dan bahan silikon dalam pembuatan pam payudara ini dijamin selamat digunakan dan mudah dibersihkan. Ia mempunyai 9 kelajuan boleh laras. Dengan fungsi ‘acupressure 3D’, pam ini dapat memberi urutan yang boleh merangsang pengeluaran susu ibu.


7. FIFFY MANUAL BREAST PUMP (RM28.90)

Pam payudara ini tidak mudah tergelincir kerana silikon pam memberikan daya sedutan selesa pada ‘aerola’ (puting). Ia juga bebas BPA.


8. AUTUMNZ-SILICONE MANUAL BREASTMILK COLLECTOR (RM 28.50)

Ia kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja. Walaupun nampak seperti pam biasa, tetapi boleh memberikan sedutan kuat dan sangat sesuai untuk ibu yang banyak susu. Pam ini mudah dibersihkan dan 100 peratus dijamin diperbuat daripada silikon berkualiti.


* Harga disenaraikan adalah merujuk terus harga produk. Harga mungkin tidak sama, bergantung kepada promosi, diskaun dan premis membeli.

Selain pam payudara, penting juga untuk kita tahu cara menyimpan susu yang sudah diperah >>>Panduan Lengkap Cara Simpan Susu Ibu untuk Bayi

SUMBER: ProductNation

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda