PASANGAN yang baru kali pertama buat persiapan menimang cahaya mata pasti risau kalau terlupa tentang barang atau sesuatu perkara yang perlu disediakan sebelum menyambut ahli keluarga baharu it.

Sebenarnya, bayi kedua, ketiga, keempat dan seterusnya pun perlu buat persiapan juga. Cuma anak pertama biasanya agak kritikal dan teliti sedikit persediaannya. Maklumlah serba-serbi tidak biasa, takut terkurang itu ini. Kalau si adik nanti, sudah boleh guna semula barang si abang atau kakak dulu. ­čÖé

Bagi memudahkan urusan menyambut kelahiran bayi, mari kita semak senarai barangan asas yang wajib disediakan untuk bayi baru lahir.

1. BARANGAN LAMPIN

Jika guna lampin boleh pakai semula, sediakan:

  • Beberapa helai kain/lampin boleh pakai semula
  • Sarung kalis air
  • Pad tukar lampin
  • Baldi
  • Minyak untuk bayi atau krim ruam
  • Pin keselamatan (untuk pin lampin)
  • Kain lap pakai buang/tisu basah (untuk lap kesan kotoran)

Jika pakai lampin pakai buang:

  • Dua pek lampin pakai buang untuk bayi baru lahir
  • Baldi
  • Minyak untuk bayi atau krim ruam
  • Pad tukar lampin
  • Barang permainan kecil
  • Tisu basah atau kain kapas
  • Termos kecil untuk air suam (bagi membersihkan bayi kurang dari 6 minggu)
  • Beg plastik (untuk buang lampin)
  • Tong sampah lampin

2. SET PAKAIAN

  • 1 pek baju-T
  • 6 pakaian terus sarung dengan snap di bahagian kelangkang bayi (lengan panjang dan lengan pendek)
  • 4 set baju tidur
  • 6 pasang sarung kaki
  • 6 pasang sarung tangan lembut
  • 3 pasang seluar kain kapas yang boleh meregang
  • 3 bib
  • Baju sejuk kain kapas
  • Topi
  • 15 penggantung baju bayi
  • Sabun dan produk basuh baju natural (kerana kulit bayi sensitif)

3. SET MENYUSU

Jika anda beri susu badan, lebih selesa jika disediakan:

  • Bib (dipakai di leher)
  • Kain untuk sendawa
  • Pam payudara
  • Bekas menyimpan susu badan (jika perlu)
  • Bantal (untuk keselesaan anda)
  • Bra menyusu┬á(nursing bra – supaya┬ásenang menyusu bayi)
  • Pad payudara
  • Losyen puting, digunakan jika sakit

Kalau akan atau mungkin beri susu formula, sediakan:

  • Bib
  • Kain untuk sendawa
  • 8 botol susu bersaiz 4oz (sekali dengan puting)
  • 6 botol susu bersaiz 8oz (sekali dengan puting
  • Botol dan berus membasuh puting
  • Set pencuci botol mesra pengguna daripada bahan natural
  • Susu formula (jangan lupa untuk semak tarikh luput)
  • Termos untuk air panas

4. SET MANDIAN

  • I tab mandi bayi
  • 3 tuala lembut dengan sarung kepala
  • 2 pek kain lembut untuk membersihkan bayi
  • Pemutik kapas
  • Syampu dan sabun badan bayi
  • Pemotong kuku bayi
  • Berus dan sikat lembut
  • Jeli petroleum (contoh jenama: Vaseline)
  • Termometer digital

5. BARANGAN TIDUR

Jika guna katil bayi, sediakan:

  • Katil bayi (yang selamat dan kukuh)
  • 3 pelapik tilam kalis air
  • 4 set sarung tilam
  • 4 selimut
  • Karung untuk tidur

Jika tidur dengan bayi:

  • Tilam empuk (jangan guna tilam air)
  • 3 pad pelapik kalis air (untuk letak bawah bayi)
  • Selimut
  • Karung untuk tidur

6. SET LAIN PERLU ADA

  • Tempat duduk bayi dalam kereta (dengan pelapik┬ákepala)
  • Kereta sorong
  • Penapis cahaya matahari (sun visor) untuk tingkap kereta
  • Kandang mainan atau playpen┬ámudah alih
  • Beg lampin
  • Pembawa bayi di depan

 7. BARANG MAINAN

  • Kerusi henjut atau bouncy
  • Buku untuk bayi
  • Muzik untuk bayi
  • Lapik mainan
  • Bola boleh dipicit

8. BARANGAN LAIN UNTUK MUDAH URUS BAYI

  • Meja salin lampin (atau pelapik boleh letak atas katil)
  • Kerusi goyang untuk beri makan
  • Puting (jika pilih untuk beri)
  • Barang mainan bayi
  • Picagari (beri ubat)
  • Lampu malam
  • Lagu dodoi (lullaby song)

Semoga persiapan anda untuk menyambut kelahiran bayi bahahru berjalan lancar. ­čÖé

SUMBER: TheAsianParent

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda