BULAN Ramadan bukan alasan untuk tidak melakukan hubungan intim dengan suami. Ramai isteri menolak untuk bersama suami ketika Ramadan kerana mendakwa leceh dan mengganggu ibadah puasa.

Tahukah anda, bersama suami pada malam Ramadan juga diberikan lebih pahala. Tetapi, isteri kenalah ikhlas dan jangan pula anggap itu sebagai beban.

Jadi apa yang penting, pasangan suami isteri perlu tahu tip pengurusan masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim ketika Ramadan kerana masanya sangat singkat.

1. NIAT UNTUK IBADAH

Berasmara pada malam hari ketika Ramadan akan mendapat pahala kerana ia ibadah. Jadi, jangan jadikan itu sebagai beban dan lakukan dengan hati senang dan ikhlas. Pasti hubungan intim akan jadi seronok dan dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

2. CARI WAKTU SESUAI

Memandangkan waktu agak terhad ketika Ramadan. Pandai-pandailah mengatur masa bersama selepas selesai solat terawih atau sebelum bersahur. Manfaatkan masa yang ada untuk bermanja dengan isteri sepanjang Ramadan walaupun masa sangat terhad.

3. SEKS KILAT

Penat bekerja dan memerlukan tenaga yang banyak pada waktu pagi menjadi antara alasan tidak boleh bersama. Anda boleh saja berasmara kilat bagi mengelakkan menggunakan banyak tenaga. Tidak perlu lama, apa yang penting, tahu tekniknya. Selepas itu, mandilah air suam bagi memberikan ketenangan badan. Tidur sebentar sebelum bangun sahur.

4. MANDI BERSAMA

Boleh juga lakukan hubungan intim di bilik mandi. Tidak salah mandi bersama selepas berbuka atau sebelum bersahur. Gunakan masa singkat ini untuk saling membelai pasangan untuk lebih nikmat.

5. REHAT YANG CUKUP

Tenaga mungkin sedikit berkurangan ketika berpuasa. Jadi, apa kata rehat dahulu selepas berbuka atau tidur sebentar selepas solat terawih dan bangun pada masa sama untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan.

6. JAGA STAMINA

Jaga stamina dengan mengamalkan diet seimbang ketika Ramadan juga sangat penting. Disarankan tidak makan berlebihan ketika berbuka kerana akan menyebabkan badan jadi cepat penat.

7. SALING MEMAHAMI

Paling penting ialah memahami pasangan. Jika rasa penat melakukan hubungan intim, beritahulah dan berbincang dengan suami untuk tangguhkan ke masa lebih sesuai. Jangan memaksa hingga menyebabkan pasangan bermasam muka.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda