close-up of a woman measuring her bust

PERUBAHAN payudara ketika hamil dan selepas bersalin memang memberi kesan kepada emosi kaum hawa. Ramai mengakui payudaya mereka mula kurang anjal dan mengendur.

Namun, ada cara dan petua boleh dilakukan sepanjang tempoh kehamilan untuk mengekalkan kesihatan dan rupa fizikal payudara supaya kekal sama seperti sebelum hamil.

PUNCA PAYUDARA BERUBAH?

Ketika hamil, fizikla ibu akan mengalami perubahan kerana payudara sedang membina banyak tisu untuk memuatkan kelenjar susu dan sebagai persediaan menghasilkan susu badan.

Peningkatan hormon estrogen dan progesteron juga menjadi punca perubahan fizikal payudara. Keadaannya sama seperti sebelum datang haid, payudara akan rasa sakit. Selain membengkak dan membesar, bahagian puting pula akan jadi lebih sensitif dan areola (bahagian gelap sekitar puting) akan berubah gelap dan besar.


TIP PENJAGAAN PAYUDARA KETIKA HAMIL

  1. Pemilihan coli yang betul amat penting dalam menjaga payudara. Tolong pakai coli khas untuk materniti, yang selesa dan boleh menyokong pembesaran payudara.
  2. Pilih coli daripada material kain kapas, bertali lebar, tidak berdawai dan cup tidak berkelim untuk keselesaan.
  3. Beli bra materniti ketika usia kandungan 4 bulan. Bagaimanapun, bergantung kepada setiap individu.
  4. Guna peralatan mandian yang ada ciri ‘hypoallergenic’ bagi mengurangkan kulit sakit.
  5. Elakkan mandi air panas kerana akan menyebabkan kulit kering dan menyakitkan payudara.
  6. Keringkan payudara dengan lembut selepas mandi.
  7. Amalkan pemakanan sihat, dan dapatkan tidur cukup sepanjang tempoh kehamilan.

TIP TAMBAHAN

  • Ketika mandi, pastikan guna air sejuk dan urut payudara ke arah atas secara perlahan (35 saat setiap sebelah). Jika diamalkan, payudara tidak akan kendur dan pasti mujarab!
  • Jangan duduk membongkok kerana akan buat payudara jatuh dan mengendur. Duduk dengan posisi yang betul secara menegak.
  • Mandi dengan kerap. Cuaca panas dan peluh boleh mendatangkan ruam pada bahagian bawah payudara.

Selamat mencuba!

SUMBER: KidSpot | MomJunction

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda