ANAK kecil apabila makan suka sangat main dan buang makanan. Jangan haraplah meja makan bersih, yang pasti makanan bersepah macam medan perang dibuatnya.

Perbuatan anak buang makanan ini memang perkara normal kerana mereka mahukan perhatian daripada ibu tapi ada cara yang boleh dibuat supaya anak berhenti membuang makanan mereka ketika makan.

Jadi, kami kongsikan beberapa tip bagi membantu ibu mengatasi tabiat anak yang suka buang atau melempar makanan ini.

BACA>>> Penat Layan Karenah Anak Bila Bawa Keluar Makan? Cuba Amalkan 4 Tip Ini…

1. SAJI MAKANAN YANG TEPAT

  • SEDIAKAN MAKANAN DALAM KUANTITI SEDIKIT

Hal ini kerana semakin banyak makanan di pinggannya semakin anak main makanannya. Jangan berikan anak makanan yang penuh di dalam pinggan, letak sikit demi sedikit dan tambah bila sudah habis. Berhenti apabila anak sudah kenyang. Jika boleh pastikan waktu makan tidak melebihi 30 minit nanti anak bosan.

  • MAKANAN DALAM BENTUK YANG MUDAH DI MAKAN

Pastikan makanan anak di dalam bentuk yang mudah dimakan. Contohnya; makan dipotong dalam bentuk jejari atau dadu untuk sekali kunyah. Biarkan saja anak makan sendiri menggunakan tangan bagi melatih kemahiran motor halusnya.

2. DUDUK BERSAMA KETIKA MAKAN

Duduk makan bersama anak jika berusia 1-2 tahun kerana dia belum tahu makan sendiri sepenuhnya. Namun, anda boleh membiarkan dia makan sendiri sambil dipantau. Ketika ini penting bagi membiarkannya menggunakan kemahiran motorik halusnya. Waktu ini, makanan anak memang akan bersepah tetapi pastikan dia tidak bermain dengan makanannya.

3. ALIH PERHATIAN

Mengajar anak untuk makan dengan baik tanpa menyepahkan atau bermain dengan makanan memang susah. Jadi, penting alihkan perhatiannya jika dia mula bermain makanan dengan menyediakan mainan yang sesuai.

4. PILIH KELENGKAPAN MAKANAN YANG TEPAT

Disebabkan anak suka membuang makanan, jangan menggunakan bekas makanan yang mudah pecah. Pilihlah bekas makanan seperti pinggan dan mangkuk yang mempunyai watak kartun yang diminatinya.

5. JANGAN PEDULI

Apabila anak sudah mula membuang makanan di lantai, biarkan saja dan jangan ambil peduli. Perkara ini disebabkan anak inginkan perhatian daripada ibunya. Biarkan saja dia berbuat demikian kerana satu peringkat nanti, dia akan belajar bahawa melempar makanan bukan salah satu cara untuk mengambil perhatian ibu. Cuma, lepas makan ibu kena kemaskan semua makanan tersebut.

 BACA>>> 7 Cara Lain Beri Ganjaran Kepada Anak, Bukan Beli Mainan Saja

6. AJAK ANAK MAKAN KETIKA MAKANAN SUDAH SIAP

Pastikan makanan dan perlengkapan makan sudah ada di meja ketika mengajak anak makan. Jangan biarkan anak duduk menunggu makanannya kerana anak cepat bosan dan ini akan membuatkan mood mereka berubah sebelum makanan siap dihidang.

7.  PUJI ANAK APABILA MAKAN DENGAN BAIK

Anak-anak sudah dipuji, jadi apabila anak makan dengan baik tanpa membaling atau bermain dengan makanannya, berikannya ganjaran seperti pujian. Pasti selepas itu, anak mahukan pujian ibunya lagi dan tahu dia berlakuan baik.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda