“Anak saya mandi lama sangat, kalau tidak ditegur 2 jam pun belum tentu siap mandi,” Itulah antara keluhan ibu bapa apabila berhadapan dengan anak yang suka main air ketika mandi.

Selepas mandi habis tandas basah dan kotor dibuatnya. Ibu bapa mana yang tidak naik angin, kan?

Jadi, apa kata kita pelajari tip untuk melatih anak mandi dengan lebih cepat tanpa bermain air perkongsian Maznah Ibrahim ini.

BACA>>> Anak Suka Air Tapi Sering Demam Selepas Mandi Kolam Renang? Amalkan 6 Tip Penting Ini…

ANAK SUKA MAIN AIR MASA MANDI SAMPAI LIMPAH DI LUAR BILIK AIR

Ya, semua ibu bapa tahu anak anak peringkat usia 2-6 tahun sangat suka meneroka dan bersungguh-sungguh dengan imaginasi mereka.

Namun kita bimbang, bahaya bila air melecak atau merecik hingga ke laptop mak ayah, haru jadinya.

CARA SEDIAKAN ANAK YANG SUKA MAIN AIR

1. Beritahu anak main air hanya di bilik air (bagi yang suka main mainan air seperti pistol tembak air atau pemicit air untuk iron baju, di mana-mana seperti ruang tamu dan ruang lain selain bilik air).

2. Beritahu anak mandi dan main air tidak boleh lebih xx minit (contoh 30 minit), sebab mak ayah pun nak mandi (beri saja alasan sedemikian, ia logik).

3. Kalau nak anak cepat siap mandi, beli jam pasir untuk 10 minit lamanya itu dan letak di luar bilik air, beri mereka lihat dan beritahu mandi sehingga pasir itu habis turun ke bawah.

4. Dapatkan persetujuan anak untuk bilik air ditutup kerana bimbang tersimbah air ke luar dan bahaya bila orang lain lalu lalang dan terpelocok jatuh (tutup pintu bagi anak yang berani dan sudah berdikari mandi, dalam usia 3 ke atas).

5. Sediakan mereka dengan beritahu lagi 5 minit, lagi 1 minit dan masa sudah tamat. Anak perlu disediakan bukan terkejut beritahu “dah, dah keluar sekarang dari bilik air”.

6. Puji mereka bila mereka nampak bersetuju dan nak keluar dari bilik air.

7. Ulang lagi hingga mereka sudah biasa dengan peraturan ini.

BACA>>> Bayi Tidak Perlu Kerap Mandi Pun! Cukup Saja 2-3 Kali Seminggu

Apapun, kita yang urus anak, bukan anak yang putuskan semua perkara dalam hidupnya.

SUMBER: Maznah Ibrahim

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda